Paste your Google Webmaster Tools verification code here

Carrot Cake Kukus

by Mama Iman on November 22, 2011

Carrot Cake Moist Fluffy

Carrot Cake Kukus


Raya Haji lepas, ada rombongan hantar tanda untuk sepupu kepada Ayah Iman. Dihidang pula dengan Carrot Cake yang sangat sedap. Selama ni memang tak minat langsung dengan Carrot Cake. Tiba-tiba Ayah Iman datang ke saya sambil makan kek ni dan cakap sedap berulang kali. Memang sangat sedap. Dan saya terus rasa macam nak buat sendiri. Tak pasti tuan rumah buat sendiri atau beli. Nak tanya, segan. Hihi. Saya pon google2 lah cari resepi mana berkenan di hati. Alhamdulillah, ada jumpa pula dengan blogger yang sangat murah hati kongsi resepi meskipun dia mencari makan juga dengan kek ni. Semoga rezekinya dimurahkan. Amin.

Resepi asal boleh ambil di sini ya. Saya copy & paste kembali untuk kalian.

Bahan-bahannya. Kacang walnut sedang dibakar. Hehe.

>

Moist Carrot Cake

  • 250g butter
  • 150g gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 1 s/k esen vanila
  • 200g carrot
  • 230g tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k serbuk kulit kayu manis (paras rata)
  • 100gm walnut (dibakar dan dicincang)

>

Cara-cara

  1. Putar butter n gula hingga gebu
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan tepung, baking powder n serbuk kayu manis( jgn lupa ayak semua ni dlu)
  5. Masukkan carrot dan walnut gaul rata & masukkan dalam acuan
  6. Mukus -+50 minit (jgn lupe tutup dengan kain. kang air masuk acuan…) (Saya tiada pengukus, maka saya guna kaedah Bain-Marie)
  7. Bila dh masak boleh sapu cream cheese. Tapi tunggu la kek sejuk dulu.

Cream Cheese Frosting

  • 250g cream cheese
  • 85g gula icing
  • 250g whipping cream (Non-Dairy Whipping Cream)
  1. Putar Whipping cream(pastikan yang baru keluar dari peti sejuk (bukan sejuk beku k))
  2. Putar cream cheese (pastikan 2 jam dikeluarkan dari peti dulu)
  3. Masukkan gula. agak2 dh lembut masukkan toping cream.
  4. terus deko. klo tak nanti susah nk deco. sbb cream cheese mudah lembut.

 

 

The Cake

>

Carrot Cake Moist Fluffy

The Cake deposited with Cream Cheese Frosting

>

Carrot Cake Moist Fluffy

A Slice of Carrot Cake

>

Hasilnya? Sangat memuaskan! Lainkali kene letak kismis lah. Saya cincang-cincnag halus jek lobak tu. Kalau lagi halus, mungkin kek akan lagi gebu dan fluffy. Tapi kek ni memang bakal mencari salah satu hidangan para tamu ku kalau ada apa-apa majlis nanti. InsyaAllah. Hehe.

Selamat mencuba!!

>

>

>

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: