Eggless Fruit Muffin Yang Sedap, Tak Carik Lain Dah!

Misi pencarian Eggless Muffin berakhir!! Maklumlah untuk Husnul Iman yang allergik telur dan gandum. Sekarang ni alhamdulillah gandum Iman dah boleh tolerate dah. Cuma pengawet masih boleh jadikan Iman lelah dan batuk tanpa henti. Jadi macam mana pon snack Iman masih kena homemade. Alkisahnya Iman ni setiap kali nak ke sekolah pon sure nak singgah ke kedai tepi sekolah dia. Walhal tak ade bende pon yang boleh Iman beli kecuali kerepek pisang, dan kerepek-kerepek seumpamanya. Tapi dengan adanya resepi ini, memang heaven Iman nak makan hari-hari dan tunjuk pada kawan-kawan. :lol:

 

Resepi ini boleh jadi Eggless Vanilla Muffin yang biasa, boleh juga dipelbagaikan kepada maca-macam buah–buahan dalam nya. Resepi asal ialah diletakkan buah blueberry yang mahal tu:lol: . Kihkihkihkih. Dalam resepi ini saya letakkan cranberry kering, kismis kuning dan juga Chocolate Chip.

 

Eggless Fruit Muffin
Resepi Asal : Divine Taste 

Bahan:

180 gm (1 cup) blueberries (saya gantikan 90 gram kismis kuning, 90 gram kranberri kering)
2 tsp plain flour for coating the blueberries
210 gm (1 1/2 cups) plain flour (pakai tepung kek atau SRF (self raising flour) lagi gebu kek jadinya)
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
100 gm (3/4 cup) milk powder (saya pakai tepung susu dutch lady 4-5-6, haha)
100 gm (3/4 cup) fine sugar*
100 gm (1/2 cup) butter, melted
250 ml milk
1 tsp vanilla extract

Cara-cara Membuat:

  1. Letakkan tray muffin dengan kertas muffin (kertas cupcake).
  2. Basuh blueberrties (kalau pakai blueberries atau mana-mana buah-buahan segar). Tekap dalam towel untuk keringkan. Taburkn tepung pada buah-buahan supaya buah tak tenggelam dalam adunan).
  3. Panaskan oven pada suhu 180C. Pastikan suhu dalam oven tu menggunakan internal termometer.
  4. Dalam mangkuk yang besar, letakkan tepung, baking powderm dan soda bikarbonat. Tapis dan ayak sebati semuanya.
  5. Letakkan tepung susu (saya pakai tepung susu Iman, Hehehe). Kacau sebati kesemua adunan tepung dan susu.
  6. Masukkan mentega yang telah dicairkan, esen vanilla dan susu segar dan gaul semua sebati. Tak perlu pakai mesin kek. Hanya guna spatula.
  7. Masukkan buah beri dan juga buahan lain (jika ada). Saya masukkan juga coklat cip.
  8. Guakan ice cream scoop supaya setiap cupcake tu lebih kurang sama berat adunannya. Ini supaya semua muffin uniform. Takde lah sebiji penuh sebiji tak penuh.
  9. Bakar dalam 15 minit dan cucuk dengan cake tester atau pencungkil gigi untuk cek masak atau tidak. Jika keluar adalah bersih, maka ia sudah masak.

 

 

 

 

 

 

Untuk sebarang tempahan Eggless Muffin, boleh hubungi saya di 013-3355598 (Farha)

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>