Homemade Roti Putih Yang Sedap Menggunakan Bahan Paling Simple

Tergoda dengan roti ni sebab baca blog NasiLemakLover.blogspot.com. Cantik-cantik sangat gambar dia ambil. Dulu roti beruang untuk Iman pon ambil dari blog dia jugalah.

Dari dulu lagi teringin nak buat roti sendiri. Tapi sebab dok pikirkan banyak resepi kat luar sana yang ada shortening yang tak elok untuk kesihatan tu, memang terkubur rasanya nak buat. Namun, makin lama orang makin inginkan badan yang sihat. Tu yang ada macam2 resepi keluar yang kita boleh cuba, dan ternyata lebih sihat!

Roti ni namanya Roti Wu Pao Chun. Wu Pao Chun ni terkenal sebagai baker Taiwan yang terkenal. Dan roti ini dikenali sebagai Champion Toast. Tahun 2010, Wu Pao Chun memang sebagai world champion dalam World Cup in Paris Masters Bread (LES MASTERS DE LA BOULANGERIE) dan lepas tu pulak menang European-style bread group(Pain).

Yang bestnya roti ni, dah la bahan die sangat lah simple, roti die lembut sampai 3 hari dan rasa lemak-lemak tau! Memang wajib simpan resepi ini. Sebab itulah ada entry blog ini. Hehehehe. kalau nak tahu, saya dah buat 5 kali!!! Mana taknya, sebuku habis 3 hari. Dan hari-hari makan pulak tu. Aiyooo.. 8-O kalau masih tak tahu kenapa tak kurus-kurus tu, tak tahulah. Sendiri punya salah lah! Hahahah. :lol:

Kalau dulu beli roti, sure tak habes, dok berkulat manjang. Tapi roti buat sendiri ni, tak leh tahan rasa nak makan je. Inilah baru namanya “Sedap Dimakan Begitu Saja!” :lol:

Jom cube. Semua orang boleh sangat buat sebab terlalu senang.

Sebelum bakar dan sesudah bakar. Ngam-ngam jek sampai syiling loaf pan ni.

Bahagian belakang roti yang diterbalikkan. Make sure sejukkan atas redai terus selepas keluar dari oven. Sebab kalau biarkan dalam tin loaf pan tu, nanti ia berwap dan basah. Akan mengurangkan lagi jangka hayat roti.

resepi roti putih

Keratan rentas roti ni. Lembt sampai ke dalam, memang sedap ngap begitu sahaja. Lemak-lemak rasanya. Kalau roti kita beli tu biasanya tawar hebeh.

 

Keluar dari oven jek dah habis separuh. Aduhai laaa T___T mana taknya, panas-panas makan lagilah sedap!

Selepas 3 hari, kelembutannya masih sebegini. Bila potong tu elok jek lentuk, tak pecah dan tak kering. Opkos kena simpan dalam plastik makanan.

Plain White Loaf 

375g tepung roti
30g gula (saya pakai unrefined organic sugar)
3/4tsp garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam mangkuk pengadun dan mix kan sampai sebati.
  2. Masukkan garam, susu dan gunakan mesin kek (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana. Saya gunakan level 2 je Kitchen Aid as recommended dalam buku manual. Seriau nak laju-laju takut panas sangat. Uli sampai adunan combine semua dan membentuk doh.
  3. Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin.  Kalau Kitchen Aid, ada 20 minit juga. Kalau uli pakai tangan, ulilah jugak sampai la doh licin. Buat macam sental baju tu. Agak2 sejam (aiyooo…tumbuh muscle!)
  4. Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian sama berat dan rehatkan 10 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  7. Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  8. Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.

Macam senang kan? Hehe serious senang.

Selamat mencuba!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

8 Responses

  1. Hidayah says:

    Ya Allah..kecur air liur melihat kejadiannya..huu, jazakillahu khairan jzk kak farha, sb selalu share resepi yang sedap2, dah bookmark. Kalau dh sampai 5 kali buat tu, Wajib try la ni! :-P

  2. Mars says:

    Nak try buat tapi x de loaf pan. ?

  3. Nini nordin says:

    Salam…mohon tunjuk ajar buat roti guna breadmaker…banyak x jdi de yg jdi..hu…hu..

    • Mama Iman says:

      Apa kata guna BM untuk uli jek doh sampai licin (2 kali pusing pada setting doh, jgn bakor dalam tu) Pastu masukkan dalam loyang pan loaf.

  4. Ain says:

    Sis, nak tya…sis guna saiz pullman berapa ye? Dan setiap doh brp gm?

    *terliur tgk roti sis buat

  5. Su says:

    Salam sis..kalo resepi ni saya guna BM jadi jgk ke?

    • Mama Iman says:

      InsyaAllah jadi. Lagi senang insyaAllah.

      Tp kalao nak jadikan empat segi macam ni, guna BM untuk uli doh sahaja sampai licin. Pastu masukkan loyang pan loaf ikut step2 atas tu ??

Leave a Reply to Nini nordin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>