Kek Coklat Pisang

Chocolate Banana Cake

Hujung minggu memang pulang ke Meru melawat Mama. Sekali Mama bagi pisang banyak gila~!! Wallah~! Pisang tanam depan rumah je. Sampai monyet2 depan rumah pun dah tak lalu nak makan dah. Lepas buang kulit segala, sekilo saya gunakan untuk buat Jompot Pisang. Bayangkanlah, sekilo tau! Sekilo! Memang seloyang Jompot Pisang menjamu rakan sekerja saya pada hari Isnin. Suprisingly, habis~!!!

Chocolate Banana Cake

>

Tapi saya sempat simpan 250 gram untuk buat Kek Coklat Pisang ni. Resepi ni dapat dari Joy of Baking. Cantik jek naik kek ni. Saya bakar dalam loyan 8 x 13 inci. Kemudian, saya bahagian 2. Kemudian, saya bedah kedua-duanya supaya menjadi 4 lapisan kek.

>

Chocolate Banana Cake

Jom layankan resepinya.

 

Chocolate Banana Cake [Joy of Baking]:
    * 400 grams gula halus/ gula castor
    * 245 grams tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
    * 75 grams unsweetened cocoa powder (saya guna serbuk koko biasa2 sahaja)
    * 1 1/2 teaspoons baking powder (saya guna 1 sudu kecil sahaja sebab dah pakai tepung naik sendiri)
    * 1 1/2 teaspoons baking soda (saya guna 1 sudu kecil sahaja sebab dah pakai tepung naik sendiri)
    * 1/2 teaspoon salt
    * 2 large eggs
    * 1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas) (saya guna 250gram pisang)
    * 1 cup (240 ml) warm water
    * 1/2 cup (120 ml) milk
    * 1/2 cup (120 ml) corn, safflower or canola oil (or other flavorless oil)(saya guna minyak masak)
    * 1 1/2 teaspoons pure vanilla extract

Chocolate Ganache:
    * 8 ounces (227 grams) semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
    * 3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream (non-UHT whipping cream)
    * 1 tablespoon (14 grams) unsalted butter (Saya tak letak)

 

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 170 darjah celsius.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan bahan-bahan kering. Gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar yang lain, campurkan semua bahan basah pula. Telur, pisang dilenyek, air, susu, minyak dan esen vanila. Kacau sebati.
  4. Campukan bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau sehingga sebati. Adunan kek ni agak nipis (cair) berbanding adunan kek biasa.
  5. Tuang dalam tulang pembakar dan bakar 35 hingga 40 minit atau sehingga masak. Cucuk kek di tengah-tengah. Kalau lidi yang dicucuk tu keluar dari kek tu bersih, bermakna kek sudah masak.
  6. Keluarkan dari oven dan pastikan betul-betul sejuk sebelum disapu dengan coklat ganache.
  7. Ganache: Potong kceil-kecil coklat masakan. Panaskan whipping cream sehingga agak mendidih (boleh juga dipanaskan dalam microwave). Serta merta tuang whipping cream ke dalam mangkuk berisi coklat masakan. Kacau pelan2 sampai coklat sebati dengan whipping cream.  Bila Ganache dah sejuk, boleh pukul dengan mesin kek sampai lembut agak kembang. Sapukan atas kek.

<

Chocolate Banana Cake

Oh, ambil gambar dengan flash pulak. Maklumlah, takde camera canggih manggih.

>

>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>