Kek Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)

Haritu ade beli pisang berangan buat makan. Biasanya pisang kat Shah Alam ni agak mahal compare di Meru. Tapi apakan daya, bila tekak nak pisang, tak leh tunggu dah. Beli aje lah di Shah Alam. Kemudian biasanya beli memang batak, beli sekali banyak. balik-balik kalau dah masak ranum sangat tu, asyik buat jompot pisang jek. Naik bosan dah. So kali ni tukar lah selera jadikan pisang ni kek.

Seperti biasa bila menggodek resepi, sure punyalah akan terjebak dengan Masam Manis. Maklumlah semua resepi beliau ada. Heheheheh. Apa lagi, tergoda terus dan terus buat petang tu. Dah la kejap jek buatnya. Takde beza pun lama masa dengan buat jompot-jompot. Hahaha. Ala, jompot tu pon kek jugak la namanya. Cuma kek yang dibuat bulat bulat. Kahkahkah.

Apa lagi, siap jek bakor, terus ngap. MasyaAllah!! Memang lembut!!! Eleh apa sangatlah ade kan dengan kek pisang. Melambak kat kedai jual murah-murah. Well, ia bukanlah dinilai dengan harga kek tu. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu apa bahan yang masuk dalam kek tu. Dan juga yang paling penting, kepuasan membuat dan memakan hasil tangan sendiri. Wahahahahahah.

 

kek pisang lembab banana cake

 

Kek Pisang lembut Dan Moist (Moist Banana Cake)

Sumber: Azlita Masam Manis

Bahan-Bahan Kek 

  • 4 biji telur gred A
  • 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan (Saya guna pisang berangan je:lol:)
  • 1 cawan gula kastor atau gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan butter dicairkan atau minyak jagung
  • 1 sudu teh baking powder (saya guna double action)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla (saya tak letak sebab tak de haha)
  • sedikit garam (saya letak 1/4 sudu)

Cara-cara membuatnya:

  1. Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
  2. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
  3. Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
  4. Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan (saya tak buat hiasan. muahah)
  5. Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
  6. Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
  7. Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
  8. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
  9. Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna
  10. Sediakan loyang ukuran 9 inci, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter (saya guna release pan homemade “goop”)
  11. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  12. Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis (saya tak buat ini)
  13. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
  14. Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

 

Uh sedapnyaaa!!! Memang minum petang dengan teh o panas sungguh memuaskan hati. Kek simple tanpa sebarang krim, sangat sedap dan tak muak!

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

6 Responses

  1. Nur Diyana says:

    Sedapnya. Kalau tak hiris nipis takpe ke?

  2. Juliana says:

    Mmg sedap!! 5*

  3. Amy says:

    Hello, agak2 berapa gram bagi pisang tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>