Paste your Google Webmaster Tools verification code here

Neopolitan Cake

by Mama Iman on May 23, 2012

Malam tadi Cik Iman tidur awal. So, saya pulak rasa gatal jek tangan bila bukak blog I am Baker. Comel sangat2 Neopolitan Cake yang dibuat. Mood saya sejak balik kerja pulak rasa macam tak best semacam jek. So, nak relakskan diri, saya rasa macam geram jek nak cuba. Saya cuma gunakan resepi buttercake yang saya buat dalam entry sebelum ni di sini je. 

Tapi dah tentulah outcome dia takkan sama dengan saya punya. Muehehehe. Ada 3 rasa dalam kek ni. Yang kuning tu cuma buttercake vanilla biasa. Yang pink tu saya tambahkan strawberry emulco. Dan yang coklat tu saya tambahkan coklat emulco. Dan saya sangat sukakan teksturnya!! Lembut dan gebu. Total time consumed adalah 3 jam. Siap deco, saya biarkan sejuk sebentar dalam peti sejuk. Saya potong sekeping untuk diambil gambar. Sekali kek tu hilang dimakan Ayah Iman. Aiyooo….

 

Untuk buat rosses tu, saya beli 1M Wilton nozzle~!! Baru pergi ICCA kat Damansara masa ambil leave minggu lepas. Hihihi. Bukan senang nak ke sana. Macam2 saya beli. Kopak poketku. Hihihihiihh..

Kek  ni satu adunan sahaja. Tapi saya bahagikan kepada 3 adunan dengan sama banyak, baru saya tambahkan emulco. Kegebuannya masih terserlah. Loyang saya gunakan adalah loyang 7 inci. Sengaja guna loyang kecik sebab saya nak kek tu nampak tinggu dan gebu. Lagi pulak, nozzle 1M tu besar~!! So, nak nampakkan setiap rosses mewakili 1 layer kek, saya kena jadikan kek tu tinggi. Lainkali boleh guna nozzle rosses lain yang kecik sikit untuk kek yang bersaiz 8, 9 atau 10 inci diameter.

 

 

Setiap lapisan saya letakkan dengan buttercream vanilla putih.

Setiap buttercream yang lain pula, saya warnakan ikut warna kek. Tetapi Buttercream Pink dan coklat tu saya letakkan juga emulco strawberry dan coklat. Hehehehe. Siap dihidang. Sangat sesuai dijadikan kek hantaran. Hehehheeh.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


{ 1 comment… read it below or add one }

Shaz June 8, 2012 at 8:47 PM

Salam..cantiknya rose swirl tu…berdiri tegak elok jer. Saya ada tengok beberapa versi resepi buttercream yang puan kasi. KAlau nak buat stand up rose swirl yg cantik camni, nak pakai resepi BC yang mana satu ye?..tq

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: