Oreo Chilled Cheesecake

Senang aje rupanya buat Oreo cheesecake ni. Senang sangat2. Heheheeh. Resepi diambil dari Buku Noraini Zakaria. Memang berbaloi2 beli buku resepi ni. Bukan mahal pon. Murah je. Tapi tuhlah, kalau skill tak berapa nak ada, memang susah nak jadi juga. Macam saya ni, jenis suka menderhaka pada resepi. Sebab tulah biasanya kali kedua atau ketiga baru betul2 cantik. Miahahahahaaha. Walaupon senang, boleh pulak saya terlepas pandang yang sebenarnya kena pukul cream cheese dahulu sampai betul2 lembut, baru masukkan whipping cream. Tapi saya tercampur semua sekali. Alih2 adunan jadilah sekata. Leh nampak cheese ketul2 kecil dalam adunan. Heeee.. Ampun.

Dicadangkan juga dalam resepi supaya pakai loyang loose 7 inci supaya kek nampak tebal. Saya guna 9 inci pula. tu yang nampak leper jek tu. Untuk cantk, masukkan banyak2 oreo dalam adunan kek. Untuk lebih sedap, masukkan biskut oreo yang dikisar banyak2 ke dalam adunan cheese. So, total biskut oreo yang diperlukan adalah 3 bungkus ya =)

 

 

 

Oreo Chilled Cheesecake
Resepi: Noraini Zakaria

Bahan-bahan:

Base:
200 gm biskut Oreo – dibuang krim dan dikisar
70 gm mentega dicairkan

Cheesecake:
250 gm cream cheese
250 gm non-dairy whipping cream
80 gm gula castor
60 ml air
15 gm gelatin halal
3 keping biskut oreo diramas kasar

 

Cara membuat:

  1. Sediakan tin bulat 7″ jenis loose yang boleh dibuka bawahnya.
  2. Base cheesecake: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut Oreo dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti ais selama 30 minit.
  3. Cheesecake: Pukul krim putar sehingga kembang dan pekat. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
  4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, krim biskut oreo dan gula castor sehingga kembang dan berkrim.
  5. Panaskan gelatin dan air sehingga cair dan bergal sebati. Setelah sejuk, tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.
  6. Masukkan krim putar yang telah dipukul tadi dan pukul sebentar sahaja.
  7. Biskut Oreo yang telah diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul rata.
  8. Tuangkan ke atas base biskut oreo yang telah mengeras tadi.
  9. Untuk hiasan, bolehlah letak beberapa keping biskut oreo ke dalam loyang tadi diselang selikan dengan adunan keju.
  10. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya selama 5 jam sehingga keras.

 

Saya suka makan kek ni bila mana ia bukanlah terus keluar dari peti sejuk. Sebab peti sejuk biasa kita ni sejuk sangat rasanya. Saya rasa keras. So, saya biarkan 10 minit, baru menikmatinya. Rasa macam aiskrim. Heheheheh. Pasni tak payah beli kat kedai lagi. Sedap rupanya chilled cheesecake. Tak perlu bakar2 yang melecehkan. Hehehe.
Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

3 Responses

  1. Ieza says:

    Salam kak..
    Kek ni nampak sedap la. Ingat nk juga cuba. Nak tahu gelatin tu boleh diganti dgn serbuk agar2 tak. Tq kak.

    • Mama Iman says:

      Salam, tak pastilah boleh tukar ke agar2 ke tak…sebab agaknya bercampur tak nanti dengan cream cheese tu. Kan ade gelatin jenama HalalGel. =)

  2. Ainol says:

    Di mana boleh dapati gelatin ? Di kedai biasa atau hanya boleh dapati di kedai bahan kek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>