Red Velvet Cake Ubi Bit (Beetroot), Tanpa Pewarna Merah

 

Resepi Red Velvet Cake Beetroot

by: Sophistimom

Size: 6 inci kek tinggi 4 inci

Modal Bahan: ~RM70 untuk 6 inci kek dan RM90 (menggunakan bahan berkualiti)

Bahan-Bahan yang diperlukan (untuk 6 inci kek)

  • 3/4 cup puree ubit bit (saya tak ikut, saya gunakan jus mengikut resepi Dulce Delight menjadi hanya 125ml)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu besar air perahan buah lemon
  • 100 gram butter (unsalted)
  • 190 gram gula castor
  • 2 biji telur  saiz besar
  • 1 sudu teh extrak vanilla
  • 3/4 sudu teh garam (abaikan jika guna salted butter)
  • 1 1/2 cup (180 gram) tepung unbleached (mesti unbleached)
  • 1 sudu kecil baking powder (aluminium free)
  • 2 sudu besar serbuk koko semulajadi (wajib semulajadi @ natural)
  • 1/2 cup buttermilk (pastikan beli kat kedai, bukan campur susu dengan cuka)

 

>

Penerangan Bahan (pernah diterangkan dalam blog ibucergas):

  1. Saya beli sehingga 1.8 kilogram ubi bit dengan anggaran kos total adalah ~ RM20. Kemudian saya basuh dan masukkan ke dalam jus extractor untuk mendapatkan jus tulen ubi bit tanpa perlu ditambahkan air ke dalamnya. Kerana bila dah tambah air, warna ubi bit akan berubah.
  2. Dari 1.8 kilogram ubit bit tu, saya perolehi dalam 1061 gram jus ubi bit tulen. Saya memerlukan 3 cawan iaitu 750 ml jus dan dimasak di atas api untuk disejatkan airnya sehingga kuantiti air itu berubah dari 750 ml kepada hanya 125 ml sahaja (selebihnya saya simpan). Ini bermakna saya betul-betul dapatkan warna jus yang sangat pekat dan likat.
  3. Ingat, 750 ml extract jus ubi bit kepada 125 ml untuk mendapatkan menggantikan 3/4 cup puree dalam resepi di atas.
  4. Bila sejuk, terus masukkan cuka dan jus lemon ke dalam jus ubi bit. Ini untuk memastikan warna jus ubi bit tidak teroksida dan berubah menjadi coklat.
  5. Kenapa kena gunakan unbleached flour? Sebab unbleached flour bersifat asid manakala bleached flour bersifat alkali.
  6. Untuk memastikan warna ubi bit kekal merah, kita kena pastikan adunan kesemua bahan dalam kek ini bersifat asid.
  7. Serbuk koko juga pastikan ianya bukan dutch proses. Pastikan ianya adalah serbuk koko natural tanpa sebarang bahan tambahan.

Cara-cara Buat Kek:

  1. Panaskan oven 160 darjah celsius mengikut suhu oven masing-masing (ingat, loyang kecik tak perlu bakar lama dan tak perlu suhu terlalu tinggi)
  2. Putar mentega dengan gula sehinga pucat (creaming method)
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla (beli yang tinggi kualiti ya)
  4. Masukkan tepung yang dah dicampur dengan baking powder dan serbuk koko.
  5. Masukkan buttermilk.
  6. Last sekali masukkan jus beetroot yang dan campur dengan cuka dan jus lemon.
  7. Terus bakar , jangan biar di luar lama-lama kerana risau teroksida.

 

 

<

Bahan Cream Cheese Frosting (untuk 6 inci kek)

  • 250 gram Cream Cheese Frosting
  • 85 gram gula aising diayak
  • 250 gram Non UHT Whipping Cream

 

Bahan Cream Cheese Frosting (untuk 9 inci kek)

  • 400 gram Cream Cheese Frosting
  • 130 gram gula aising diayak
  • 400 gram Non UHT Whipping Cream

>

Cara-cara Cream Cheese Frosting:

  1. Pukul creamm cheese sehingga lembut
  2. Masukkan gula aising yang dah diayak. Pukul sehingga sebati. Adunan ini tak terlalu manis.
  3. Masukkan whipping cream dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental. Adunan ini akan jadi kental dan tidak cair. Ianya mampu untuk dipiping ke atas kek dan terbbentuk swirl yang cantik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

4 Responses

  1. Nick says:

    assalamualaikum..kak, mana nak dapat ubi bit merah ni dekat area kelantan?

    • Mama Iman says:

      Alamak saya juga x pasti. Heheeh. Kalau ade cold storage, jusco aeon dan jaya grocer ade kat sana, insyaAllah ade beetroot ni.

  2. Sofea says:

    Sedapnya, tiap kali tengok mesti terliur Hehee

  3. zaleha says:

    Sy bukan penggemar RV sbb sebelum ni biasanya byk RV yg guna artificial color. Btw bila tgk yg ni terliur pula…huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>