Resepi Blondies Congo Bar Yang Sedap!

Rasanya tak lembut sangat macam kek, tak lah keras macam biskut. Tapi antara dua tu lah rasanya. Ada orang panggil brownies, ada orang panggil blondies, ada orang panggil Congo Bar. Entah laaa… kita ikut jek. Yang penting sedap!!! :lol:

Kalau ikutkan resepi asaldi Bakarella, rasa tak gamak pulak nak letak 1 pound gula perang tu (Anggaran 450 gram tau).. erkk.. rasa gila bapak banyak gula!!! Dah la banyak dosa ni buat banyak jenis pencuci mulut ni. Hish..badan, maafkanku. Ku makan secubit jek. Pastu lain-lain bagi kawan opis. Wakakakka..

Tapi resepi ni memang sedap. Kak Azlita Masam Manis pon dah buat, dan kurangkan gula ke 350 gram. Saya kurangkan lagi jadi 250 gram! Haha.

Congo Bar

Bahan-bahan;

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang – boleh kurangkan (Saya kurangkan jadi 250 gram)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang – optional (saya tak letak)
Kepingan badam untuk taburan – optional (saya tak letak)

Cara Membuatnya;

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  7. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 (saya guna 10 x 10 inci) yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
  8. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

MasyaAllah!! Berat semacam nak gaul banyak gila chocolate chip dalam adunan congo bar ni. Tumbuh muscle mak nak. Haha. Mana taknya, nak jugak pakai chocolate chip Hersyes. Uh serious sedap bila coklatnya mahal. Wakakaka. Boleh jek guna chocolate chip biasa, tapi sebab yang Hersyeys punya besar-besar saiznya!! Nampak comei (^____________^)

Ok dah siap, letak dalam loyang 10 x 10 empat segi. Jangan lupa letak baking paper supaya senang nak angkat congo bar ni.

Siap dibakar

Pandangan tepi. Just nice tebalnya. Suka suka!:mrgreen:

Selamat mencuba!!! Lainkali nak letak Coffee Chip & Butterscotch Chips!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

9 Responses

  1. fatyn says:

    Wow…mcm sedap je…nak try buat la nant

  2. adah says:

    Assalam sis guna buttercup @anchor??? Unsalted@ salted?? Tq

    • Mama Iman says:

      saya kadang guna – SCS, anchor, atau tatura dan semua yang saya guna adalah unsalted.

      saya x guna buttercup sebab buttercup bukan butter. ia adalah sapuan campuan minyak kelapa sawit dan sedikit butter.

  3. Faizah says:

    Slm sis
    Tq share resipi congo bar, excited nak cuba ni, cuma nk tanya sis butter n gula perang pukul dgn whisker je ye rak perlu mixer. Sy suka congo bar ni, nmpk gaya kena kurangkan sukatan gula juga sbb ank saya yg mkn hihu.tq bg idea

    • Mama Iman says:

      x yah pukul beriya2 sgt pakai mixer. asal sebati ok. kalau gula banyak, akan jadi keras dan caramelize. tu yang namanya jadi blondies. kalao gula sikit, tekstur die memang akan jadi macam cake. lembut :)

  4. Ummi Mardhiyyah says:

    Salam sis,
    Nak tanye bakar blondies guna api atas bawah or bawah je..

    Thanks

  5. Eyza NIza says:

    Nak tanya Mama Iman..Kalau nak masak congo bar dalam oven kan pakai api atas or bawah atau pakai kedua-dua api atas dan bawah ?
    Kalau saya nak masak brownies,sebaiknya pakai api yang mana ehh?

Leave a Reply to Mama Iman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>