Resepi Rainbow Cake yang Epic

Assalam semua.

Kali ni nak update resepi Rainbow Cake yang memang saya gunakan untuk cake saya. Bukan tak pernah share dulu. Saya pernah share resepi di sini (SILA KLIK). Tapi ade yang kata resepi tu macam manis sangat-sangat. Manis sebenarnya adalah sangat subjective. Kalau jenis memang suka makan manis tu, memang kadang tak terasa dah manisnya. Tapi kalau memang jenis tak biasa makan manis, mahu sakit gigi dan nyilu rasanya makan gula dan makanan bergula ni. Apa-apa pun, makan lah dengan berpada-pada ya. Lebih baik sebenarnya jangan makan. Sebab kek bukanlah termasuk dalam senarai makanan yang sihat. Hehehehehhe.

Untuk Rainbow Cake ni pulak, pada mereka yang allergik telur, gandum, tak perlulah makan ya. Apatah lagi yang allergik artificial colouring ni. Memang a big No-No! Hihi. Saja tapis siap-siap siapa yang nak mengkondem :twisted:.

Jom cuci mata rainbow cake saya ni.

423316_10150591378323261_277460679_n-tile

Resepi Rainbow Cake
226 g butter, room temp
426 g sugar (saya kurangkan jadi 250 g sahaja)
5 egg whites, room temp (telur saiz A – berat 65 – 70 gram)
1 teaspoons vanilla
426 g flour
1 tsp baking powder
½ tsp salt (tak perlu letak jika guna salted butter)
355 ml milk, room temperature

<

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 150C (sebab kek yang dibahagi 6 ni akan nipis jek. So tak payah panas sangat. Tapi bergantung pada oven masing-masing ya.
  2. Sediakan loyang yang yang dah diletakkan dengan pan release (KLIK SINI untuk HOMEMADE PAN RELEASE). Kalau ada 6 loyang lagi bagus. Saya cuma ada 2 loyang bersaiz 8 inci. Maka, saya bakar 3 kali. 2 loyang sekali bakar. Mujur muat 2 loyang. Kalau tak, jenuh nak bakar 6 kali. Memang lecehlah kalau tiada oven besar.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
  6. Masukka esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 230 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 15 minit bagi setiap loyang (ni kalau ikut oven sayalah. Hehe :lol: )

 

In term of frosting pulak, bebas sebenarnya nak letakkan frosting apa. Yang biasa saya buat adalah seperti berikut

  1. Cream Cheese Frosting
  2. Buttercream
  3. Italian Meringue Buttercream

>

Tips & Tricks

Sememangnya bab frosting ni perlukan pengalaman dan try error sendiri barulah boleh tahu. Contohnya kalau macam Cream Cheese frosting ni, biasanya orang memang tak warnakan frosting. Jadinya untuk sebarang deco macam corak rainbow dan corak bunga atas frosting, saya akan gunakan buttercream. Buttercream pulak ade banyak jenis. Ade jenis yang guna meringue, ade yang guna shortening, dan ada yang memang guna butter sahaja dan susu.

Resepi Cream Cheese

Resepi ini boleh guna untuk cukup salut kek 8 inci dan inti Rainbow Cake ni. Sememangnya agak banyak lapisan kan, jadi sedap sikit bila cheese dalam setiap layer tu banyak. So cream cheese ini saya akan salut kek sepenuhnya.

450 gram Cream Cheese
100 gram gula aising diayak
450 gram Non-Dairy Whipping Cream

Cara-cara:

  1. Letakkan cream cheese dalam suhu bilik dalam 30 minit
  2. Campurkan gula aising yag telah diayak ke dalam cream cheese dan putar sehingga semua lembut dan gula aising sebati dengan cream cheese
  3. Masukkan Non-Dairy Whipping Cream ke dalam adunan dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental (bila terbalikkan mangkuk pengadun, memang tak jatuh). Ia seharusnya tidak cair, dan bila dipiping, ia kekal bentuknya.

>

Buttercream for Deco

250 gram krimwell
250 gram butter
200 gram shortening
250 gram gula aising
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Ayak gula aising
  2. Dalam mangkuk pengadun, masukkan butter, krimwell, shortening dan pukul dengan kelajuan laju sehingga kembang dan kental.
  3. Kemudian perlahankan kelajuan dan pukul selama 5 minit balik untuk mengurangkan bubble-bubble dalam adunan buttercream.
  4. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati dan halus.
  5. Boleh campurkan apa-apa pewarna disukai. Adunan ini tidak berkilat ya.

<

Bosan dengan buttercream? Mahukan resepi frosting yang sihat? Maklumlah buttercream di atas ni mengandungi shortening yang banyak. Marilah pakai Italian Buttercream ni. Meskipon buatnya agak leceh, tapi kandungan frosting ini hanyalah pure butter dan juga meringue (iaitu putih telur). Tetapi, buttercream ini tak tahan suhu panas ya. Maka ia tak sesuai langsung untuk decoration kek yang untuk kenduri kahwin tanpa ada aircond. Hehehe. Kalau kenduri kahwin dalam dewan, insyaAllah ok. Depends la, kalau dewan panas pon tak boleh jugak la ya.

 

Italian Buttercream for Deco

120 ml @ 1/2 cup air
430 g gula castor
250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
680 g unsalted butter (unsalted butter lagi sedap – kalau boleh hanya unsulted ya)
1 tsp of vanilla extract

Cara-cara:

  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk (bila terbalikkan mangkuk, ia tak jatuh).
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama ~10 ke 15 minit.
  5. Sebab sebatian akan berketul-ketul tak licin langsung. Tapi bila terus kan, ia akan licin dan sebati semua.
  6. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.
  7. Adunan ini berkilat cantik.

<

Atau di bwah ni pon resepi buttercream yang klasik. Hanya guna butter, gula aising, dan susu @ heavy cream.

Classic Buttercream

250 gram  unsalted butter (room temperature)
400 gram  cups confectioners’ sugar
1 teaspoon vanilla extract
2-3 sudu besar heavy cream

Cara-cara:

  1. Putarkan mentega sehingga kembang, lembut dan sebati serta pucat warnanya.
  2. masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga semua sebati dan hancur habis.
  3. Ia akan sangat-sangat pekat.
  4. Tambahkan heavy cream mengikut kepekatan yang kita nak. Kalau nak buat petals, memang letak sikit jek heavy cream. Kalau nak sapu kek atau lepa kek, boleh buat cair sedikit.

 

Selamat mencuba semuanya ya.

Practice makes perfect ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

26 Responses

  1. Salam Mama Iman…
    Teruja betul melihat colouring yang meriah pada rainbow cake tu..mesti sedapkan. kalaulah dekat mesti saya dah order .

  2. am_beautydishes says:

    Assalam..nk tnya 1 adunan ni dpt brp kilo kek yer? N klu jual brp rm?

  3. ina says:

    salam . akak . boleh tahu tak cream cheese frosting tu tahan tak untuk buat wedding cake . boleh tahan tak untuk beberapa jam ? tq

    • Mama Iman says:

      Boleh, tapi tak boleh lama sangat lah. Kalau nak untuk wedding cake, banyakkan sikit non-dairy whipping cream dan biarkan pukul sampai kental sungguh sebelum jadikan topping. Sebab kalau cream cheese sahaja, memang akan mencair. Saya pernah buat kek kahwin 3 tingkat red velvet cake dengan cream cheese, bukan kat dewan. Khemah jek. Alhamdulillah within second, abes licin. Muahahahaha

  4. rosita says:

    Nak tnya sis klu sy guna kuning sekali boleh x .

    • Mama Iman says:

      Boleh. Carilah resepi buttercake biasa. Saya recommend resepi dapur tanpa sempadan – trio marble cake by mat gebu

  5. fara says:

    salam kak..nk tanye..kalau kek dah siap boleh simpan dlm peti sejuk tak.?.adakah kek akan jd keras dan susah nk d potong? dan kek akan jadi berpeluh apabila keluar peti sejuk?

    • Mama Iman says:

      boleh simpan peti sejuk, dan dalam bekas kedap udara. Kalau tak, kek akan kering dan keras. Sebelum nak makan, keluarkan dulu selama setengah jam. Sebab, peti sejuk rumah kita selalunya sejuk sangat2. kek akan keras.

  6. halimah says:

    assalamualaikum..mohon guna resepinya…tq

  7. shafa says:

    sis susu tu susu manis or susu segar??

  8. Mar says:

    Biasa buat dalam loyang berapa inci ye kalau nak tinggi.

  9. Anna says:

    1 tsp baking powder? Typo atau betul..Atau 4 tsp baking powder?

    • Mama Iman says:

      erkk… takat ni tak pernah saya nampak recipe yang guna sampai 1 sudu kecik baking powder. banyaknyaaaa..
      standard recipe biasanya (kalau guna tepung 250 gram – 300 gram), satu sudu kecik jek kot..

  10. amirul says:

    Salam, ada 2 resepi berbeza kan? Yg mana 1 lebih sedap? Hihi sbb yg lg 1 tu nampak mcm lebih gebu mcm buttercake..

  11. Didie says:

    Hi , nak tanya italian buttercream for deco tu boleh masukkan pewarna ke ? tq

  12. Suhana says:

    Mama iman.. trima ksh atas perkongsian resepinya.. sy save ye..
    **antara blog favorite sy**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>