Resepi Roti Putih Loaf Tanpa Gula

Kali ni saja nak tunjukkan hasil eksperimen buat roti tanpa gula. Sebenarnya resepi roti putih ni sama je dengan yang sebelum ni >> Homemade Roti Putih Yang Sedap. Tapi sebab haritu baru je beli pengganti guna (namanya Eryhtritol (boleh baca di link ini >> Erythritol), maka saja la nak try buat pada roti.

Cara membuatnya semua sama. Cume nya, memang lambat betul jadinya doh nak ‘proofing’. Mungkin sebab tiada gula kot di dalamnya.

 

IMG_5894

 

Plain White Loaf 

375 g tepung roti
30 g gula (saya pakai Erythritol sebagai pengganti gula)
3/4tsp garam
20 g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
1 tsp instant dry yeast
240 g susu kotak (sejuk)

Cara-cara

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam breadmaker (saya guna jenama Tesco je)
  2. Dalam breadmaker tu, saya gunakan setting Dough yang tertera 1:30 bermaksud ia akan menguli selama 30 minit dan proofing (kembangkan doh) selama sejam. Jadinya, saya hanya ambil function 30 minit tu jek.
  3. Selepas 30 minit, mesin akan berhenti berpusing, dan saya terus matikan mesin.
  4. Ada sesetengah orang hidupkan balik mesin dan uli lagi selama 30 minit.
  5. Keluarkan doh dan bahagikan sama rata berat kepada 3 bahagian.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  7. Masukkan dalam tin pan loaf untuk roti dan biarkan kembang sampai ke bumbung. (tutup untuk dapatkan bentuk roti empat segi).
  8. Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  9. Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.

 

IMG_5889Doh yang siap masuk ke dalam tin loaf. Tunggu kembang sampai ke atap (penutupnya) barulah masukkan ke dalam oven. Tapi sangat lah mengambil masa (lebih 5 jam) untuk kembang, mungkin sebab tiada gula dalam doh ini. Tu pon tak sampai ke atas tutp tau. Memang lambat betul dia nak kembang.

 

IMG_5891

 

 

Selepas dibakar juga bahagian yang tak kena loyang tin tu jadi warna pucat semacam. Sedangkan bahagian lain yang kena tin memang bakar cantik lagi rangup. Mungkin juga disebabkan tiada gula. Memang sungguh berbeza roti tanpa gula ni. Ada orang di FB saya komen kata “tak masak”. Hahahaha. Yang bakarnya saya, bukan beliau. Saya la yang tau. Again, mungkin sebab tiada gula tau.

IMG_5892

 

Tengok, bahagian tepi memang masak dan ada crumbs.

IMG_5916 (1)

 

Setelah dipotong-potong. Bahagian ni sebenarnya dah masuk hari ke 2. Saya makan dalam kereta buat bekalan sarapan. Hahahaha.

Dari segi struktur, boleh tengok video bawah ni. Memang lah resepi dengan gula jauh lebih sedap. Eh ok laa ditiruvasi macam ni. At least kurang sikit gulanya. Hahahaha. Nanti saya akan try resepi-resepi lain tanpa gula. Mana tau dapat jumpa yang lebih gebu gebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>