Resepi Vanila Cupcake Gebu Sedap Dan Cair di Mulut

Hahah, tajuk yang over:mrgreen:.

Bukan apa. Jalan-jalan carik resepi, memang saja-saja carik perfect vanila cupcake yang lain. Bukan tak ada resepi sendiri yang memang dah suka sangat pon. Cume bila namanya baker ni, memang kadang gatai tangan nak experiment dengan resepi lain. Konon mana tau jumpa yang lebih-lebih sedap dan senang ke, atau lebih memikat kalbu sang suami ke. Pelbagaikan resepi, memang bagus. Boleh menambah koleksi resepi di sini. Boleh orang lain share sekali. Tanpa berceloteh panjang, saya share resepi ini dari blog  Glorious Treats. Boleh klik link tersebut. Memang bersungguh beliau buat nak dapatkan the perfect vanila cupcake recipe ni. So apa lagi, kite cuba lah jugak kan.

Pergh, memang dah cuba dan ia sangat sedap!!! Manis yang sekata, rupa paras menarik, naik cantik jek dalam cup tu. Dan tak lekang pulak tu dengan cup kertas tu. Sesetengah resepi memang tanggal balik dari cup kertas tu. Tak cantik langsung dan kalau nak lepa buttercream memang tak jadi la. Saya pulak suka sangat pakai cup bergigi ni sebab nampak comel  (preference sendiri) :lol: .  
 

Resepi Vanila Cupcake Gebu Sedap

1 1/4 cawan tepung cake (saya guna tepung naik sendiri)
1 1/4 sudu kecil baking powder (saya gune baking powder double action)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
2 telur
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil vanila extract
1/2 cawan minyak
1/2 cup buttermilk
*(cara buat buttermilk – 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka @ lemon juice, biarkan 5 minit) – ambil setengah cawan sahaja

 

Langkah-langkah

  1. Panas kan suhu oven 170 darjah celsius (bergantung kepada suhu oven masing-masing)
  2. Dalam mangkuk kering, masukkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat, dan garam. Kacau rata dan ayak.
  3. Dalam mangkuk mixer kek, masukkan telur. Pukul sehingga kembang sedikit. Masukkan gula dan pukul sederhana laju lebih kurang seminit. Tambahkan esen extract vanila dan minyak
  4. Kurangkan kelajuan dan masukkan tepung dan susu secara berselang seli.
  5. Adunan ini sedikit cair. Masukkan ke dalam acuan kek cawan. (saya gunakan scoop aiskrim supaya sekata dan sama volumn setiap cawan kertas)
  6. Bakar dalam 15 – 20 sehingga masak. Tak perlu gelap sangat seperti saya buat. Asalkan kek masak memadai.

 

Saya dah cuba 2 version. 1 dengan menggunakan vegetable oil. 1 adunan lagi dengan menggunakan butter yang dicairkan. Sekiranya guna salted butter, maka tak perlulah tambah garam lagi ya. Kalau guna unsalted butter atau minyak, maka perlulah letak 1/2 sudu kecil garam tu. Hasilnya? opkos lah guna butter mahal tu sedat compare dengan guna minyak. Heheheheheh.

Sebab tu bila kite buat kek sendiri, ade pilihan kita. Nak kurangkan gula (konon serba salah makan banyak gula :mrgreen:). Nak guna butter atau minyak, juga terpulang pada kita juga. Hehehe :-D .

Selamat mencuba. Memang marvelous kek ni. Mudah amat untuk pada yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia baking ni. Cair di mulut rasanya.  nanti saya share buat buttercream pulak ya.

 

Kanan – guna minyak. Kiri guna butter. Dari segi structure sama lembut dan gebu. Tapi dari segi rasa memang butter cake sedap amat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

20 Responses

  1. Nur Ainzatul Aliah says:

    Tepung gadum boleh guna atau tidak

  2. Terima kasih krn berkongsi resepi… sblm ni saya selalu wonder mcm mn nak buat buttermilk. Butter memang the best utk buat segala jenis kek – cuma harga tu yg buat kita fikir dua tiga kali….

  3. olie says:

    salam kak, sangat2 kagum dengan bakat akak dalam buat kek. Teringin nak jumpa akak memandangkan saya jugak tinggal kat shah alam. Nak minta share ilmu sikit.hehehehehe

    • Mama Iman says:

      Salam. Heheheh saya pon belajar pelan2 jek dulu. Kalau nak belajar, start dengan bende kecik macam cupcake. Lepas tu pelan2 belajar benda lain. Hehehehe. Saya di sekayen 23 jek

  4. rimawati says:

    Sis….terus jatuh cinta tengok cupcake sis

  5. chriscath says:

    hai,sy bminat nak try resepi ni. Tp nak tau, susu tu guna susu apa ya?

  6. jannah says:

    salam sis, nak tanya..bahan ni boleh dapatkan berapa bijik cupcakes ye?

  7. dino says:

    salam nk tnya, knp jika dh buh tepung naik sndiri, kna buh lg baking powder n soda bikarbonat? thanks in advance..

  8. Nurul says:

    kak, kalau xnk guna buttermilk boleh x guna planta???

    • Mama Iman says:

      lain sgt tu.
      buttermilk kalau tak de
      ganti kan dengan

      250 gram susu + 1 sudu besar cuka

      lepastu barulah ambil ikut sukatan resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>