Roti Bun Beruang Tanpa Telur

Gian meroti. Walaupon tak ada breadmaker. Fuh, memang exercise tangan sungguh menguli. Resepi ni tanpa telur, tapi memang lembut. Anak saya yang allergik telur tu sungguh approve dan bangga benor beritahu teachers kat sekolah kata mama dia buat. Terharu mak nak.

Resepi ni dari blog Nasi Lemak Lover. Seriously terliur tengok semua resepi beliau. Semua rasa nak cuba. Setiap kali saya buat, sure ada telinga beruang ni hilang. Bukan dimakan anak saya. Tapi dimakan oleh bapak budak. Aiyoyoyyo… tak sempat nak posing lawa-lawa, dan koyak telinganya. Hehehe

Apa rasa bun ni? Rasanya lembut macam bun coklat biasa kita beli kat kedai tu. Dan kena letak dalam bekas kedap udara, sebab macam bun yang kedai tu, kalau kene udara, makin lama ia makin keras. Jom tengok resepinya.

 

Bear Cartoon Character Bread Buns 小熊小面包

Sumber: Nasi Lemak Lover

For the bread
350g tepung roti
40g gula kastor
15g serbuk koko
1/2tsp garam halus
1tsp instant yeast
230g susu segar
25g unsalted butter, suhu bilik

Untuk lukis muka beruang
White chocolate
Dark chocolate

Method

  1. Gunakan mixer @ bread maker, masukkan semua bahan kecuali butter dan uli sampai sebati.
  2. Masukkan butter dan uli lagi sampai doh berkilat dan elastik.
  3. Tutup dengan plastik wrap dan kembangkan dua kali ganda (45 minit ke sejam).
  4. Buang angin dan timbangkan 35 gram setiap satu jadikan bebola kecik. Akan dapat 16 biji. Balance tu 2 atau 3 gram jadikan telinganya. So selinga ada 2 x 16 biji beruang ya.
  5. Kembangkan lagi 15 minit.
  6. Ambil yang 35 gram doh tadi dan isikan nutella dalamnya. Lepastu bulat-bulatkan kembali.
  7. Gunakan loyang 9 x 9 inci.
  8. Sapukan dengan susu dan letakkan telinga beruang. Proof kan lagi 30 – 45 minit.
  9. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu padas 180C selama 20 minit.
  10. Keluarkan dan sapukan mentega atas bun.
  11. Cairkan coklat putih dan coklat gelap, masukkan dalam piping beg dan lukis atas bun.
  12. Simpan bun dalam bekas kedap udara sebab takut roti akan kering dan keras.

Cucuk lepas proofing (kembang kali pertama)

 

Susun dalam loyang 9 inci. Dapat 16 ketol. Semua ni sekali hidang jek boleh abes.

 

Inti nutella.

 

Tanpa nutella (kali ke ketiga buat. heheheeh):mrgreen:

Selamay mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>