Step By Step Tiramisu Menjadi Kek Keju Coklat dan Milo

Haha. Tiramisu dah diderhakai menjadi kek Milo + Kek Keju Coklat. Kek ini untuk Adik Huzail. Maknya kawan seopis. Nak kan kek coklat tapi nak macam tiramisu. Takkan la budak makan tiramisu yang rasa kopi tu. Sure dia tak suka. So transform la Tiramisu ni jadi Kek Coklat Berkeju. Penuh keju kek ini. Dalamnya ada Mousse  Creamm Cheese Filling. Dan luar kek pulak ade Cream Cheese Frosting.

Saya akan kongsikan semua dalam ni macam mana nak buat kek ini. Dan semua adunan yang saya letak ni memang ngam-ngam untuk decorate sebagaimana saya decorate kek ini. Tujuan saya bukan setakat nak share, tapi untuk simpanan saya sendiri juga. Bila dalam buku, memang saya malas nak refer. Bila dalam web macam ni, pakai phone pon boleh cek balik resepi saya. Hehehehehhe. :lol:

Untuk Kek Coklat Sponge iaitu asas kepada kek Tiramisu ni, saya gunakan Resepi dari Chef Nor Aini Zakaria. Dah serasi pulak dengan resepi beliau. Selama buat insyaAllah menjadi. Dalam resepi tu pakai minyak masak, tapi rasa minyak jagung lebih sedap dan wangi.

>

RESEPI KEK SPAN COKLAT

Sumber: Chef Nor Aini Zakaria
Masa diambil untuk persedian dan bakar : 3 jam

Bahan-bahan Kek Sponge Coklat

  • 150 gram gula castor
  • 15 gram ovalette
  • 110 gram tepung kek (saya guna super fine flour)
  • 20 gram serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik (saya guna Double Action Baking Powder)
  • 75 gram minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 5 biji telur Gred A (jika ada gred B, saya guna 6 biji telur)
  • 60 gram air
  • 1 sudu teh emulco coklat (masukkan dalam 60 gram air di atas)

 

Cara Membuat Kek Span Coklat

  1. Griskan acuan kek bersaiz 9 inci. Saya gunakan adunan pan release saya (akan saya ceritakan di lain entry)
  2. Panaskan ketuhar 180 darjah celsius. Pastikan anda ada internal termometer untuk cek suhu dalam oven. Jangan percaya sangat suhu kat tombol tu. Hehehe. (sebab oven saya oven lama, so saya kena cek internal thermometer)lam mangkuk adunan.
  3. Ayak tepung kek, serbuk koko dan serbuk penaik.
  4. Dalam mangkuk adunan mixer kek, gaul ovalette dengan gula kastor sehingga rata.
  5. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga sebati. Biarkan mixer pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga gebu kembang dan ringan.
  7. Perlahankan adunan dan tuangkan emulco coklat yang dicampur dengan air tadi. Putar lagi selama 5 minit.
  8. Masukkan minyak masak dengan kaedah kaup balik sebhingga sebati. Pastikan kaup balik betul-betul sehingga tak ada lagi minyak berasing dengan adunan kek.
  9. Masukkan ke dalam loyang 9 inci tadi dan bakar dalam lebih kurang 45 minit.
  10. Selepas masak, keluarkan dan telangkupkan selama 5 minit. Tujuannya supaya kek tak turun.
  11. Selepas itu telangkupkan balik kepada kedudukan asal.

Kek Span Coklat

 

Nampak garis-garis dalam ketiga-tiga gambar di atas? Haa itulah tanda minyak tak sebati bergaul dengan adunan kek. So untuk elakkan kek tak cantik macam ni, pastikan masa kaup balik kek tu, betul-betul buat sehingga semua adunan sebati.

>

Ok, kek span dah pun siap. Biarkan ianya sejuk dan nanti potong ia kepada 3 bahagian kek. Sebab kita nak jadikan 3 lapisan kek yang diselang selikan dengan adunan cream cheese filling mousse. So sementara nak tunggu sejuk kek ini, kita sediakan dan buat adunan filling kek tiramisu ni. Saya pernah tulis resepi kek mousse kuning telur ni di sini.

MOUSSE KEJU UNTUK TIRAMISU FILLING

Sumber:Wendy Kor

Bahan-bahan Kek Filling

  • 400g Keju Mascarpone (yg ni saya guna krim keju Phidalephia atau Tatura)
  • 6 biji kuning telur
  • 80g gula kastor
  • 16g gelatin
  • 25ml air suam (untuk rendam 16 gram gelatin atas ni)
  • 200g krim putar (yg ni saya guna Non-dairy Whipping Cream)

Cara Membuat Filling Kek

  1. Resepi di atas saya dah olah untuk muatkan sebuah kek yang berukuran 9 inci diamater. Memang ngam2 saya bahagikan kepad 3 bahagian dan kek jadi cantik tanpa membazirkan sumber-sumber cheese. Heheheheh :-).
  2. Mula-mula putarkan cream keju sehingga lembut dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain stainless steel atau kaca, putarkan kuning telur dan gula sehingga sebati. Kemudian, dengan kaedah double boiler, putar adunan kuning telur ini dan gula ini di atas air yang mendidih. Tujuannya ialah kita nak masak kuning telur tu supaya tak ada bakteria apa-apa dalammnya.
  4. Gelatin yang direndam dalam air tu boleh lah di panaskan juga menggunakan kaedah yang sama dalam air panas supaya kesemua gelatin tu larut. Jangan biarkan sejuk sbb nanti ia akan mengeras kembali. Masukkan gelatin ni dalam adunan kuning telur dan gula tadi. Putar rata.
  5. Kemudian masukkan adunan dalam langkah 4 ini ke dalam adunan cream cheese yang dah dipukul lembut tadi.
  6. Dalam mangkuk mixer yang lain, pukul whipping cream yang sejuk sehingga kental. Pastikan whipping cream ini betul2 sejuk ya. Jika ia tak sejuk, ia takkan jadi kental.
  7. Kemudian masukkan whipping cream yang kental tadi ke dalam adunan kuning telur dan gelatin. Kaup balik sehingga sebati.
  8. Saya bahagikan kepada 3 bahagian ,ebih kurang 270 gram setiap bahagian. (total ade 3 bahagian ya)

>

Kita pergi pula ke bahagian macam mana nak hias atur dan susun kek tiramisu ini.  

cara buat tiramisu cake kek

(diambil dari gambar tiramisu lain sebelum ini)

Cara Menghias Filling Kek

Sirap Milo
Serbuk koko

  1. Mula-mula letakkan sekeping lapisan kek ke atas papan kek, dan tuangkan milo ke atas lapisan kek. Ini untuk beri kelembapan dan basah kepada kek cheese ini. kalau resepi asal adalah kopi, maka letaklah sirap kopi. Kalau boleh pakaikan ring cake yang boleh muat kek anda. Saya gunakan 9 inci ring cake. Ada jek yang boleh adjustable. Kenapa kena guna ini, supaya kek akan betul-betul teratur dalam ringcake tu dan filling kek tak terkeluar semasa kek disusun.
  2. Kemudian,  isikan bahagian pertama filling kek tadi dan ratakan ke semua permukaaan lapisan kek dan tekan sikit-sikit.
  3. Taburkan serbuk koko mengikut citarasa. Jangan terlalu tebal sebab nanti lapisan kedua tak melekat pulak kepada cream cheese di bahagian bawah. Rasa juga akan jadi lebih pahit jika terlalu banyak serbuk koko.
  4. Langkah seterusnya masukkan lapisan kedua kepingan kek kedalam susunan kek ini.
  5. Dan akhir sekali, kesemua baki filling ini.
  6. Siap dan sejukkan seketikan dalam 30 minit ke 1 jam untuk cheese filling ini mengeras sedikit.
  7. Ia akan jadi seperti gambar di bawah ini bila kek dikeluarkan dari ring cake.

 

Seterusnya, kita nak hiaskan sekeliling kek dan topping kek supaya cantik mata memandang. Saya gunakan cream cheese topping yang biasa saya guna untuk melepa kek Red Velvet saya. Tapi kali ni saya tambahkan coklaty emulco untuk memberi tambahan rasa coklat ke dalam topping kek ini.

TOPPING CREAM CHEESE UNTUK TIRAMISU

Bahan-bahan Topping Cream Cheese untuk Tiramisu

  • 180 gram CreamCheese
  • 60 gram gula aising
  • 180 gram non dairy whipping cream
  • 1 sudu kecil emulco coklat
  • 50 gram serbuk koko

Cara-cara Membuat Topping Cream Cheese untuk Tiramisu

  1. Putarkan cream cheese sehingga lembut.
  2. Ayakkan masuk gula aising ke dalam creamcheese dan putar lagi sehingga kesemuanya sebati.
  3. Masukkan whipping cream dan putar sehingga kental
  4. Masukkan serbuk koko dan emulco coklat
  5. Ratakan ke seluruhan keliling kek menggunakan spatula dan juga corrugated scrapper.
  6. Hasilnya akan jadi seperti di bawah ini.
  7. Hiaskan juga sekeliling kek dengan teknik piping kegemaran.

Tiramisu Kek

 

 

Mudah kan?

InsyaAllah jika selalu praktis, ia akan jadi lebih mudah dan lebih cepat dengan pembahagian masa.

Selamat mencuba!!

 

 

 

Antara rupa paras dalam kek ini bila siap (diambil dari gambar sebelum-sebelum ini)

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like...

2 Responses

  1. sfeaaaziz_ says:

    sedap la kak. tapi nak try buat yg kecik kecik dulu. cmne eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>