3-Tier RVC for Angah’s Wedding [1st trial]

Ni kek free. Kek sponsor. So sesiapa yang nak kene sponsor, bodek dan kipas aircond kene lah besar ye. Hahahaa. Taklah, gurau jek. Since ini untuk adik ipar sendiri, maka ianya free. Akan menyusul 2 lagi kek free 3 tingkat mungkin. Khas untuk kakakku dan adikku yang belum kahwen. Yang lain? Tak boleh laa nak free.. bengkok laaa tulang belakang ai. Heheh.

 

 

3 hari sebelum deco kek ni lah baru saya belajar cara2 nak buat rosses guna buttercream. Bidan terjun. Lantaklah. Nama pon kek free kan? Asal nampak ala2 ros, jadilah. Nak kene p kelas ni. Dah kemaruk sangat. Hehe.

 

 

3 tingkat Red Velvet Cake, tapi bila amik gambar macam ni, maca, sama saiz je semua. Semua sekali ada 3 adunan. Malas nak mengadun lagi. So, lapisan bawah macam nipis. Dah tu seriau nak tingkatkan kek, sebab tak stabil. Agak2 kena 4 adunan la kot.

Bila kek dipotong, alamak, sesuka hati je tetamu potong besar2. Aduh… sedara2 ku langsung tak dapat. Orang yang rewang juga dikhuatiri tak dapat. Maka saya sendiri pergi cilok satu bijik. Saya punya maaaaa… =D Tak sampai 15 minit, kek di atas meja habis licin. Pergh…. kalo letak kek kahwen sponge biasa, mesti tak laku kan?

 

Pengantin dan RVC. Diorang pun dapat makan secubit jek. Hehe.

 

The insider. Laju betul habis. Berani2 korang ye potong besar2. Huh.

>

>

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *