Baked Oreo Cheesecake

Cheesecake, kalau gabung dengan Oreo memang berdosa besar! Berdosa pada badan sebab nanti tak boleh stop makan!!! :lol: Resepi ni adalah resepi yang saya jual. Ahamdulillah bertambah koleksi resepi yang telah dicuba. Memang seronok. Maklumlah baker picisan macam saya ni kena banyak belajar sendiri. Dari situlah baru tau tips dan trick. Kalau setakat membaca resepi tanpa cuba, memang kira tak belajar juga tu. Hehehe.

2015-05-10 06.29.42

Pulak tu hobi baking ni memerlukan modal yang agak tinggi. Bayangkan lah dengan semua harga dikenakan GST. Sebagai contoh, coklat yang berkualiti memang mahal! Sangat mahal! Chocolate chip yang murah boleh dapat RM7-RM8 sekilo. Tapi kalau coklat chip berkualiti, boleh mencecah RM20 hanya untuk 340gram. Menangis dibuatnya tau (T_______T)

Yet, pembeli nak diskaun pulak. Kesian baker. Takkan 1 kek nak upah RM5 jek kan. Tak lepas lelah penat, dan juga bil letrik. Dan masa bersama keluarga. Seriusly saya rela tak punya customer begini.

Kalau nak murah, cubalah buat sendiri. InsyaAllah akan puas hati. Hehe. Eh.. apakah yang ku meroyan ni. Bwahahahaaaa. Dah sudah, jom hayati kek ini.

2015-05-10 06.25.29

 

Keratan rentas kek Oreo Cheesecake. Saya suka yang jenis bakar. Kurang suka yang jenis Chilled sebab chilled atau Non-Baked Oreo Cheesecake akan menggunakan gelatin. Tekak saya ni kalau ade gelatin memang tak berapa kena rasanya. Boleh beli gelatin di rangkaian kedai AzZain.

2015-05-09 21.35.41

 

2015-05-09 21.30.59

 

Base Crust:

  • 200g biskut oreo, dihancurkan
  • 50g butter, dicairkan

 

Cara2 membuat base:

  1. Satukan biskut oreo yang dihancurkan dengan butter cair. Gaul rata.
  2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata.
  3. Bakar sekejap pada suhu 160 c selama 10 minit. Ketepikan & biarkan sejuk.

 

Filling:

  • 750g cream cheese
  • 130g gula kaster (saya guna 75 gram jek sbb saya pakai crushed biskut oreo dah ada intinya)
  • 1/2 sk esen vanila
  • 3 biji telur
  • 200g whipping cream UHT
  • 15 keping biskut oreo, buang intinya (crushed)

 

Cara2 membuat filling:

  1. Pukul bahan cream cheese dan gula kaster  hingga lembut & berkrim. Kemudian masukkan bahan esen vanila, pukul lagi.
  2. Masukkan pula telur satu persatu. Pukul sebati.
  3. Masukkan bahan whipping cream, pukul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan crushed orea, gaul guna spatula atau boleh susunkan bahan biskut oreo satu persatu dalam loyang supaya kemas.
  5. Tuang adunan kedalam loyang berisi base tadi. Ratakan permukaannya sedikit.
  6. Bakar guna teknik waterbath selama 1 jam pada suhu 160 C.
  7. Bila kek sudah masak. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit. Alihkan dari waterbath, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman baru di potong.
  8. Kek boleh di hias dengan fresh cream atau ganache, terpulang ikut citarasa.

One comment

  1. Mcm mana kita nak tahu teksture kek ni jika dah masak?
    sebab saya try 2 kali, kek still lembut tp dah perang mcm dlm gambar tu.

Leave a Reply to suhainih mohamed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *