Chocolate Moist Cake with Filling Rainbow Buttercream

Warning/Disclaimer: Dalam entry ini mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Walaubagaimanapun, untuk anak-anak yang allergy, dan ibu yang mementingkan natural food, mungkin tatacara resepi ini tidak sesuai untuk anda.

Salam sayang semua.

Kali ni saya nak share resepi buttercream mudah dan step by setp untuk buat corak sepertimana kek di bawah ini. Saya ada kek coklat lembab bersaiz 6 inci dan tak tahu nak deco macam mana. Bosan kan asyik cream coklat biasa. So saya buatlah ikut decoration yang ini. Suka nak tgk gambar kek yang cantik.

rainbow cake basic buttercream senang mudah

Basic buttercream ni rasanya memang sebijik sama dengan rasa buttercream yang ada di kedai-kedai kek. Kira antara resepi yang paling mudah dan paling senang dan rasanya memang typical la di kalangan bakers:-). Maksud kata, kalau pergi kedai bakeri standard A, dan kedai bakeri standard B, rasa buttercream ni lah yang paling basic dan paling sama. Jangan keliru ya. Sama tak semestinya sedap dan sihat;-). Jika memilih faktor sihat, saya prefer Swiss Meringue Buttercream. Tapi sebab biasa dah dimomokkan dengan jenis rasa buttercream ni, so ini adalah rasa buttercream yang boleh dikatakann sedap. Tak salah memakannya, cuma kena la control sebab ada kandungan krimwell dalam buttercream ini, yang mana kandungan lemak tepunya agak tinggi.

Apakah Krimwell? (Rujukan: Chef Norzailina)

Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai ‘creamwell’ dalam Bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).

Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising. Jangan gunakan mentega tulen (SCS, Fernleaf) untuk membuat aising kerana ia mudah cair. Pilihlah mentega (susu) yang bercampur dengan sayuran (kelapa sawit) seperti Butterblend, Buttercup. Ia lebih murah daripada mentega tulen namun baunya juga tidak sekuat atau seharum mentega tersebut.

basic buttercream

<

Resepi Basic Buttercream

  • 150 gram mentega (saya tetap gunakan SCS unsalted butter / Tatura unsalted butter)
  • 350 gram Krimwell
  • 180 gram sirap gula (glucose syrup) atau susu pekat manis
  • 3 sudu besar gula aising

Cara membuat Basic Buttercream

  1. Pukul mentega dengan krimwell sehingga kembang dan gebu selama 10 minit.
  2. Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.
  3. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Dalam tatacara kali ini, saya bahagikan warna kepada 6 bahagian untuk menjadi filling kek berupa warna rainbow.
  5. Masukkan dalam piping beg seperti dalam rajah di atas.

 

Cara nya mudah sahaja, hanya perlu ikut seperti mana yang ditunjukkan dalam video ini:lol:.

Maka terhasillah kek kejadian seperti di bawah ini. Rasanya? Aiyaaa sama sahaja dengan kek buttercream lain. Cuma sangatlan cantik di pandangan mataku. Kehkehkeh.

basic buttercream rainbow

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *