Bun Pandan Gebu Gebas – Resepi dari Kelab Roti

Cantik kan gambar-gambar tuan punya resepi ??. Menarik sangat-sangat. Kalau nak tengok gambar satu persatu, boleh klik link kat bawah ni. Ia nya dalam group Kelab Roti. Boleh la mohon untuk join masuk. Sebab ada banyak tips menarik dalam tu?

https://www.facebook.com/groups/KelabRoti/permalink/986842814774954/

screenshot-2016-12-09-17-00-35

Bahan-bahan Resepi Bun Pandan

  • 600 gram tepung high protin/tepung gandum
  • 5 gram yis (saja letak kurang supaya doh lmbt naik..boleh la buat rounding cantik2, kalau nak letak 11 gram pon ok jek)
  • 85-90 gram gula (kalau suka manis letak lebih …kalau tak┬ásuka boleh kurangkan)
  • 36 gram susu tepung
  • 8 gram superbake (saya letak lebih sikit sebab stok masih byk)
  • 6 gram garam
  • 2 biji kuning telur
  • 70-80 gram butter/marjerin
  • 200 gram ais kiub
  • 90 gram santan pekat dlm kotak
  • Esen pandan dan perwarna secukupnya..

Cara-caranya buat Bun Pandan:

Uli guna Breadmaker

  1. Jika buat guna breadmaker, guna sahaja function “Dough” dan masukkan semua bahan.
  2. Lepas 1 kali pusingan ulian dough tu berhenti, setkan sekali lagi pada function yang sama sampai berhenti.
  3. Biasanya setting dough tu ada raising sekali (doh direhatkan). Abaikan masa rehat tu, yang penting uli 2 kali.
  4. Lepas tu timbangkan dalam 25 gram (jika nak kecik-kecik la) dan letak dalam loyang.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda. Bakar pada 180 darjah ikut suhu oven masing-masing (pastikan oven dah dipanaskan dulu ya)

Uli guna mixer cake (heavy duty)

  1. Jika gunakan mixer kek, masukkan jek semua bahanserentak. Dan uli sampai licin dan elastik macam gambar di bawah ni.
  2. Terus timbang 25 gram (berat ikut suka) dan buat la rounding sepuas hati.
  3. Masukkan dalam loyang.
  4. Tunggu naik 2 kali ganda.
  5. Bakar 180 darjah ikut kepanasan oven masing-masing selama 5-7 minit.


Licin kaaan. Bila dah licin macam ni, boleh lah stop kan BM atau pon mixer. Mana-mana yang korang gunalah. Kalau uli pakai tangan, memang sejam la kot nak dapatkan adunan licin dan elastik macam ni.

Sebagai bonus, dapatlah juga lengan yang berotot nanti. ??

Keluarkan dari mesin pengadun dan boleh lah timbang kan ikut berat yang diingini.

Boleh lah nak letak apa-apa hiasan. Nak letak gula ke, kelapa parut ke, kismis ke, cheese ke apa-apa yang rasa menarik di tekak?


Naik 2 atau 3 kali ganda sebelum dibakar. Gebu gebas kan beliau????

Selepas dibakar, warna hijau atasnya tak pulak kelihatan sangat. Nampak benau terlebih suhu. Ahahahahaah?? almaklumlah, oven saya cikai saja. Kalau tengok tuan punya resepi, cantik molek jek hijaunya walaupon selepas bakar (jeles??)

Takpe la, boleh berlatih lagi lepas ni. Yang penting menjadi gebunya. Hehehe.


Yummy!!! Selamat mencuba!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *