Buttercake Yang Enak

Saya memang peminat buttercake. Berbanding kek coklat, buttercake lebih menarik hati saya. Tengok gambar pon terliur. Bagi saya kek coklat sangat manis. Meskipun dalam koleksi resepi ade dah macam-macam resepi butter cake, tapi bila nampak gambar dan resepi orang lain, pasti rasa nak cuba sangat-sangat. Lebih-lebih lagi kalau tuan punya tanah (blog) tu ambik gambar punyalah cun melecun. :mrgreen:

Kali ni saya terpikat dengan resepi buttercake dari blog Azie. Memang nampak gebu sangat-sangat. Bila saya buat, nampak agak kuning pula warnanya. Kek ini tak jadi besar sangat. Untuk sekadar loyang 8 x 8 inci sahaja. Makna kata kalau nak buat birthday kek guna resepi butter cake ini, kena dua adunan la jawabnya. Ia lembut tapi seperti agak padat dan rendah. teknik membuat adunan pun berlainan di ama putih telur dan kuning terlur diasingkan. Mungkin sama seperti Azie, saya juga akan cuba buat kek ni mengikut creaming method biasa, untuk tengok adakah hasilnya sama.

>

2014-09-10 00.59.21

 

Tada!! Inilah kek butter saya yang sangat lah buttery rasanya.

>

2014-09-10 00.54.14

>

Jom tengok apa resepinya.

 

Vanilla Butter Cake
 
Bahan bahan:
230gm butter (salted) – lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri – ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
 
  1. Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8×8″ dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
  2. Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika.
  4. Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.
  5. Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
  6. Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

 

Alhamdulillah bertambah resepi koleksi saya yang saya suka.

Selamat mencuba!! :-D

1 thought on “Buttercake Yang Enak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *