Cara Buat Japanese Cream Puff Mudah Dan Cepat

Saya teramat suka kuih ni. Cream puff namanya. Ada yang version Japanese Cream puff. Yang Japanese ni ada seakan lapisan kerak rangup di bahagian atas. Dulu awal-awal buat asyik fail sokmo. Lepas naik, kecut balik. Tak rangup pulak tu.

Sebabnya, pengalaman la yang ajar. Resepi ni boleh jek cuba mana-mana resepi yang melambak kat internet. Tapi bab pengalaman ni, sama ada dapat sendiri (melalui eksperimen berulangkali), ataupun kalau nak cepatkan dan singkatkan waktu belajar, maka keluarkan sedikit modal untuk belajar dari sifu.

Di Cyberjaya ni ada satu bakeri, ya ampun sedapnya cream puff die. RM4.50 untuk 3 ketoi. Dek kerana nak belajar rasanya macam mana, kenalah beli yang otai punya kan. Bakeri tu pon ada demo class bernilai RM80. Berbaloi-baloi rasanya kalau pergi tu.

Tapi dek kerana saya susah nak pegi  kelas sebab ade dua handbag (anak2 ku) tu, maka cubalah belajar sendiri. Kalau fail pon tak kisah, perut sendiri ada, perut anak-anak pon ada. Whahaahahha :mrgreen:

Resepi ni saya dapat FREE dari Keiko.Com. Memang sign up free jek, nanti die bagi recipe.

Sedap tak resepi ni? Pergh… Hannan makan berulang kali. Habis bertabur segala mak nenek crust yang ada tu. Mula-mula buat tanpa crust tu pon satu adunan disental kami anak beranak. Dek Iman allergik telur pon melantak jugak (lepas tu makan ubat). Huhuhu.

resepi japanese cream puff sedap mudah

Cream puff
Milk 200 g (7 oz.)
Butter 80 g (2.8 oz.)
Flour 140 g (4.9 oz.) diayak
Eggs 200 g (7 oz.) 4-5 eggs suhu bilik
Sugar 2 teaspoons
Salt ½ teaspoon

Cara Buat Cream Puff

  1. Sediakan telur dahulu, mesti kena dalam suhu bilik ya. Sebab nanti masuk adunan akan berketol-ketol. Kacau macam buat telur dadar.
  2. Potong butter kecik-kecik dan campur dengan susu, garam dan gula. Didihkan laju-laju. Pastikan jaga dan jangan tinggalkan sebab nanti dia akan membuak-buak. Sebab kenapa didih api besar sebab nak campurkan lemak dari butter tu supaya sebati dengan susu.
  3. Masukkan tepung yang dah diayak ke dalam campuran susu panas tu laju-laju dan kacau laju.
  4. Adunan akan jadi macam bebola dan terus masak atas api kecik sampai ada lapisan nipis terbentuk kat bawah periuk. Jangan sampai hangus pulak. Kalau dah jadi bola dan tak hancur-hancur dah, kira oklah tu.
  5. Sejukkan sikit sebelum masukkan telur (sebab tak nak lah dimasak pulak telur tu dek kepanasan doh).
  6. Masukkan telur yang dihancurkan macam dadar tadi. Kalau pakai mixer pon ok, kelajuan perlahan jek. Sebab memang keluar muscle jugak kalau pakai sudip kayu.
  7. Bila adunan dah sebati, diceduk diangkat dan nampak bentuk V dah ok dah.
  8. Pipekan atas kertas bakar.
  9. Kalau pipekan dalam saiz duit 50 sen lama tu, boleh dapat lebih 40 biji.

 

Cookie dough ingredients:
100g plain flour
3 tbsp sugar
75g unsalted butter, cut into cubes

Cara-caranya:

  1. Untuk Japanese Cream puff pulak, campurkan semua bahan di atas ni dan uli pastu roll kan sampai nipis.
  2. Potong sikit dan letak atas cream puff seakan baju diorang.
  3. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan pada 200C. Pastikan suhu tu 200C tau. Bakar 20 minit untuk pastikan ia puffing (naik), pastu boleh lah turunkan kepada 170 C dan bakar lagi 20 minit.
  4. Kenapa paham sangat oven masing-masing
  5. Pakai internal thermometer kalau macam tak percaya dengan controller termometer yang ada di oven.

resepi japanese cream puff sedap mudah

 

Pastry cream
Milk 500 g (17.5 oz.)
Butter 30 g (1 oz.)
Sugar 100 g (3.5 oz.)
Egg yolk 100 g (3.5 oz.)
Flour 40 g (1.4 oz.)
Vanilla essence

 

  1. Campurkan telur kuning dengan 75gram gula dan gaul sebati. Masukkan tepung.
  2. Panaskan susu dengan 25 gram gula lagi.
  3. Masukkan sikit-sikit susu panas ke dalam adunan telur kuning tadi. Jangan masuk semua sebab nanti jadiketul-ketul. Pastikan sebati baru tambah susu panas lagi.
  4. Letak balik atas api kecik dan masak lagi sampai pekat.
  5. Kena berjaga-jaga ya, dan bila timbul bubble, kire dah masak lah tu.
  6. Sejukkan. Tutup dengan wrap sampai melekat ke permukaan cream. Sebab kalau terdedah nanti akan membentuk kulit atas krim.
  7. Bila sejuk, bolehlah potong cream puff dan masukkan cream ni. Saya pakai piping beg.

 

 

resepi japanese cream puff sedap mudah

Yummy!!!!!

 

 

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *