Cerita Cheesetart Lagi – Thanks Sabrina

Cheesetart Sedap

Salam. Seronok juga berblogging kan? Mana sangka tiba-tiba jumpa balik kawan zaman muda mudi dahulu. Sabrina kawan sekolah rendah saya semasa darjah 3 kalau tak silap. Huhu. Lama sangat2 tak jumpa. Siapa sangka Sabrina baca blog saya, kemudian terus tertarik dengan cheesetart saya ni. Dah nak kahwin dah Sabrina. Dulu sama2 main buaian, makan aiskrim, ngaji kat sekolah, rebut2 pakwa (biar betik…sekolah rendah kot!!). Muahauhauahaua.

Minggu lepas Sabrina nakkan 20 biji cheesetart blueberry, dan 20 lagi cheesetart filling strawberry. Konfident jek kira masa buat tu. End up masa bungkus cuma ada 36 biji jah. Heheheheh. Maaf sangat2. Hehehe. Konon buat terlebih (ingat nak balun sekali). Rupanya tak cukup pula.

Kempunan pula pasal, semalam pukul 2 pagi, saya buat lagi untuk saya balun pula~!!! Muahauahauah. Kebetulan pula mama datang menginap semalaman kat rumah saya. Masa mama masuk tidur pukul 12 malam tu, memang dapur licin je. Sekali bangun subuh tu tiba-tiba nampak ade cheesetar pula. Hihi. Geleng pala mama dibuatnya. Tapi akhirnya banyak betul Mama makan. Suka sangat melihatnya. Siap mesti mahu kalau mama buat open house nanti. Hehe.

 

Cheesetart Sedap

Cheesetart Sedap

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *