Double Layer Japanese Soft Cotton Cheesecake

Dulu, kalau ke tesco, mesti suruh mama beli cheesecake ni. Rasanya yang lembut, cair di mulut, memang tak boleh ditahan. Sedap sangat. Sebiji kek itu, saya seorang boleh habiskan. Ni kebetulan dalam peti ais ada cream cheese yang dah lama bertapa, memang sesuai sangatlah nak buat cheesecake ni. Resepi dan tatacara, saya copy-paste je la ye. Harap Kak Nor tak marah. Hihi. tp hasilnya mmg tak cantik macam Kak Nor punya la. (Kenapa lah mesti jadi kurang cantik berbanding orang lain punya). Tak pernahnya jadi lebih cantik. Wooo.

 

COTTON SOFT JAPPANESE CHESECAKE

Resepi Asal : Alma MyResipi
Diolah oleh : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemonCara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
* Utk hasilkan double layer cake seperti yg K.Nor buat:
– bahagikan kek kepada 2 bahagian
– satu bahagian dicampur dgn 1 sudu besar chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix)
– masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan.

Rupa loyang yang akan diletak dalam loyang berisi air. Balut siap-siap dengan kertas aluminium, sebab ni jenis loyang yang loose dasarnya. Kalau loyang penuh dan tak berlubang dasarnya, tak perlu kot buat macam ni =D

 

 

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *