Eggless Banana Muffin

Muffin Pisang Tanpa Telur

Banyak pulak pisang di rumah ni, alang-alang buat snek lagi untuk Iman, teruslah godek resepi eggless. Dapat resepi dari blog Intai Dapur. Kebetulan pula sepupu iman, Ameerul pon sama allergik pada telur. Maka, memang sesuai la muffin ni. Iman biasanya akan korek dulu bab chocolate chip tu (╥︣﹏᷅╥).

Eggless Banana Muffin Muffin Pisang Tanpa Telur

 

Bahan-Bahan Muffin Pisang Tanpa Telur

 

  • 8-9 biji pisang berangan – lenyek
  • 1 cawan gula pasir / gula perang
  • 3/4 cawan minyak
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 s/t baking powder
  • 1 s/t soda bikarbonat
  • 1 s/t esen vanila/ esen pisang
  • Badam cincang – tabur (saya ganti dengan chocolate rice dan chocolate chip)

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180C
  2. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
  3. Campurkan gula ke dlm pisang yg dilenyek.
  4. Masukkan minyak, esen pisang/esen vanilla dan susu dan gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dgn spatula.
  6. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu mentega dan taburkan badam cincang. (untuk muffin, masukkan dalam paper cup jek)
  7. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. (untuk muffin 15 minit dah cukup)

 

Eggless Banana Muffin Muffin Pisang Tanpa Telur

 

Muffin yang siap. Alhamdulillah sedap. Tapi macam lupa tak de garam pulak dalam resepi. Kalau ada sedikit garam, sure rasa berlemak sedikit dan main enak.

 

Eggless Banana Muffin Muffin Pisang Tanpa Telur

 

Satu adunan ni boleh dapat 23 biji muffin besar. Kalau pakai acuan kecik memang boleh dapat cukup banyak. Kalau masukkan dalam baking pan, boleh dapat 2 x 8 inci loyang dengan setiap loyang anggaran ketinggian 1.5 inci.

 

Selamat mencuba~!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *