Fluffy Carrot Cake

Rugi siapa yang takde resepi kek ni. Sedap gile. Tapi takdelah sampai jadi gila. Hehehe. Fluffy dan lembut. Saya rasa dah leh tanding rasa Secret Resepi punya Carrot Cake. Hehehe. Alamak, ke lidah saya sahaja yang rasa macam tu? Tak tahulah. Apa kata rasa kalian pula. Mungkin boleh sama-sama cuba dengan saya, pastu kita kongsi2 rasa, nak tak? Hehehehe.

Resepi ni diambil dari buku Nor Aini Zakaria. Memang semua resepinya menjadi. Dan memang tak rugi cuba semua resepi yang ada. Buat masa ni memang tak sempat nak buat semua. Tapi hajat di hati tu dah ada la. Hehehe.

 

 

 

 

 

Carrot Cake
Resepi: Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan:
200 gram tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik*
3/4 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh rempah kayu manis*
(ayak bahan bertanda *)
400 gram lobak merah (diparut)
100 gram minyak masak/minyak jagung
130 gram gula castor
90 gram gula perang (brown sugar)
90 gram kismis
50 gram kacang walnut (dibakar dan dicincang)
2 biji telur gred A

Cara membuat:
Panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
Griskan loyang ukuran 8 inci.
Satukan lobak merah dan gula perang lalu gaul rata. Biarkan selama 30 minit. Ia akan nampak berair sedikit sebab gula perang tu macam akan mencair. Masukkan kismis dan ketepikan.
Satukan telur dan gula kastor dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga pekat dan gebu. Masukkan minyak masak dan esen vanila. Gaul lagi hingga rata.
Masukkan bahan bertanda * yang diayak tadi sedikit demi sedikit diikuti dengan adunan lobak merah, gula perang dan kismis.
Bakar selama 1 jam.
Sejukkan sebelum disapukan dengan cream cheese.

Bahan-bahan Cream Cheese
250 gram cream cheese
100 gram gula aising
65 gram mentega
1 sudu esen vanila

Cara membuat:
Satukan cream cheese, gula aising dan esen vanila. Putar sehingga kembut dan kembang sebati. Kemudian masukkan mentega dan pukul lagi sehingga gebu.

 

Cuba ya. Dah cuba nanti kongsi2 lah rasa. Hehehe. Memang marveolus. Sekejap jek habes kek ni dihidang pada hari Ibu yang lepas. Selamat mencuba~!!

 

 

>>>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *