Fruit Tart

>

Iman masuk taska baru. So dah survey2 apa makanan yang taska masak untuk Iman nanti. Alhamdulillah semua Iman boleh makan, dan cara masakan juga tidak melibatkan sebarang penggunaan kiub2 segera. Kerana kiub segera mengandungi gandum yang Iman allergik. Jumaat itu saya bergegas ke Cold Storage di Alamanda pada waktu rehat untuk membelikan spaggetti wheat free & egg free jenama ORGRAN tu.

Tapi mata saya ternampak buah2 beri ni pulak. Fuh…tergodanya…Tapi harganya mak aih..tersetop jantung ai tau! Satu bekas kecil harganya RM29.99!! Agaknya dalam 300 gram gitu. Tak tulis pulak timbangan ni. Saya dok amik, letak balik. Amik, letak balik. Alih2 saya pejam mata, amik terus. Kad keras ada. =D

Puas hati saya borong spaggetti dan buah2 beri ni. Untuk 2 jenis barang ni sahaja, the total damage ~ RM200!! Omak…nak kene jual kek banyak2 ni.  Cover balik. Hehehe. Sampai jek rumah, malam tu saya buat project Fruit Tart!! Walla!!! Puasnya hati!!!! Selama ni dapat makan kalo ada buffet hotel-orang -belanje je tau!!

Resepinya saya ambil dari Blog Azlita Masam Manis ya. Untuk buat custard cream tu, pastikan api kecil dan jauh sikit dari dasar periuk ya. Ini untuk elakkan custard dari cepat hangit. Kita cuma nak pekatkan sahaja. Saya copy-paste segala resepi dan langkah2 dari Azlita Masam Manis ye. Terima kasih Kak Ita. Harap halalkan.

FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan, Azlita Masam Manis
Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan

Penyediaan Tart
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah.  Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *