Kek Keju Coklat Marmar

Dah 2 kali dah buat resepi ini. Recomended sangat-sangat!! Lagi-lagilah untuk minum-minum petang. Kadang kita tak perlukan pon kek yang manis-manis dan rumit dengan topping-topping segala. Kita nakkan minum petang ringan yang ngap ringan jek dalam mulut dan tak muak. Mula-mula buat kek ni, eh keciknyaaaa saiz kek. Dah la rendah tak naik tinggi.

Maklumlah, terbiasa dengan standard saiz besar-besar macam 8 inci atau 9 inci loyang kan. Bila buat kek ni guna 8×8 inci loyang empat segi, kecik nau kek nya. Tapi rasanyaa… pergh. memang sedap. Berpotong-potong habis. Tak muak langsung.

Lagi resepi tested dari Buku Hidangan Berkeju dari Noraini Zakaria. Tak rugi beli. Lunyai habes lagi buku ni.

Buku harta karun. Sama kan hasilnya dengan gambar dalam buku? Sebab tu saya cintakan buku ini. Hehehehe!

Resepi Kek Keju Coklat Marmar

Bahan A:

  1. 180 gram mentega (saya guna unsalted butter)
  2. 190 gram gula kastor
  3. 3 biji telur saiz A
  4. 125 gram tepung superfine
  5. 1 sudu teh serbuk penaik
  6. 35 gram serbuk koko

Bahan B:

  1. 250 gram cream cheese
  2. 60 gram gula kastor
  3. 1 biji telur size A

cara Membuat Resepi Kek Keju Coklat Marmar

  1. Panaskan oven 170 darjah celsius.
  2. Sediakan tin pembakar empat segi 7 inci , gariskan dengan pan release atau pun dengan baking paper serap minyak.
  3. Putarkan bahan A iaitu mentega dan gula kastor sehingga lembut dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar sebati semuanya.
  4. Masukkan bahan ayak iaitu tepung superfine. serbuk penaik dan serbuk koko. Gaul rata ke dalam adunan.
  5. Untuk bahan keju, putarkan cream cheese dengan gula castor sehingga kembang dan masukkan telur.
  6. Tuangkan separuh adunan A ke dalam loyang pembakar. Tuangkan pula adunan B tadi. Kemudian akhir sekali tuangkan separuh lagi adunan A. Maka ada 3 lapisan kek di sini.
  7. AMbil lidi dan lorekkan permukaan adunan dengan membuat corak marble.
  8. Bakar selama 1 jam.

Kek Keju Coklat Marmar

 

Uh sedap sangat untuk minum petang! tak terlalu manis. Just nice rasanya. A must kept recipe.

Saya buat sekali lagi adunan dan bawak ke opis. Saya gandakan semua resepi di atas. Pergh dapat kek yang sangat besar. Hahahahahhaha :mrgreen:. Tapi kek comel dan rendah asal lebih ringan dan lebih menggamit selera. Tapi, tak sampai 10 minit announce kat group opis, semua licin. Terkejut!

Kek Keju Coklat Marmar

Terlalu besar. Inilah kegatalan menggandakan resipe. Haha.

Pengajaran, jangan pepandai nak ganda-gandakan ya. Hahahaha. ok, next time stick to the recipe asal.

Selamat mencuba!!! Kek ni akan saya simpan sampai bil2, sebab memang sedap untuk jamu tetamu.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *