Kek Lapis Cheese Persona

Merata-rata bila blogwalking, saya ternampak Kek Lapis Cheese Persona ni. Rasa mencabar dan menggugat keinginan dan diet saya. Mula-mula saya beli biskut Tiger sahaja. Bertapa lama juga biskut tu atas almari. Bila saya nak buat, semangat tengah kobar-kobar, sekali tengok-tengok biskut Tiger tu dah hilang dah. Tanpa sebarang jejak. Rupanya Ayah Iman habiskan semuanya sebagai kudapan sewaktu beliau cuti (sebab malam bekerja). Saya pulak jadi “Tiger” – ngaum! Sebab ia telah menjadikan mood saya hanyut ke laut. Hihi.

Alhamdulillah, jadi juga kek ni. Buat 1/2 adunan sahaja. Lainkali kene buat cheese banyak-banyak supaya lebih rasa lemak. Apa pun, memang sangat lah sedap. Ayah Iman suka, Iman pon suka sangatlah. Saya lebih suka ianya dalam keaadaan cair sedikit (biarkan 30 minit dalam suhu bilik selepas keluarkan dari peti ais). Sebab barulah terasa kelembutannya semacam kek. Kalau makan terus lepas keluar dari peti ais, saya rasa biskut tu lebih keras, tak berupa macam makan kek pun. Buatnya senang bukan main. Cuma nak rajin atau tidak jek. Ala-ala buat Kek Batik je. Tapi saya tak minat Kek Batik sebab rasanya yang manis. Yang ni memang tak manis sangat. Dan yang penting ia disaluti cream cheese yang menyelerakan (dan menggemokkan). Hihi.

>

>

Kek Lapis Cheese Persona

Resepi Asal: Ryo

Inspirasi: Ita – Masam Manis

Bahan A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo & saya guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B:

  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Simple je!

Selamat mencuba….

>

>

>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *