Kek Pecan Hazelnut Butterscotch Cake

Kek yang lama dah masuk perut, tapi tertunggak entry. Kena simpan untuk rujukan masa hadapan. Hehehehe. Kek ini kalau ikutkan resepi asalnya, macam terlalu sangat manis. Bila saya dah kurangkan gula pon masih lagi manis. Fuh fuh.. memang seriously sedap sangat, cuma manis!!! (Hek eleh, mana ada kek yang tak manis :lol:. Kalau gemuk, salahkan kek pulak. Sedangkan salah sendiri siapa suruh makan kek?? Wakakakak.

Pecan Hazelnut Butterscotch Cake

Berbalik kepada kek, boleh tahan mahal jugak harga modal kek ni. Kacang jek dah mahal. Belum masuk cheese, dan pure butter (dalam kek span sini pakai minyak jagung – pon mahal jugak).

Cuma kadang ada yang bertanya, kenapa jual kek mahal sangat :lol:. Errr.. tak tahu nak jawab. Pertamanya bukan sahaja sebab harga modal pon dah mahal, malah mungkin itu adalah nilai yang diberikan kepada masa yang kita commit untuk buat kerje tu. Kan kan? Kita semua-semua ni, tak kira kerja apa sekalipun, apa yang dinilai untuk dibayar gaji kita bekerja adalah SERVIS yang kita sediakan. Ada baker yang memang profesional, lagi la mahal. Amatur macam saya ni, part timer pulak tu, kira cincai jek bab harga tu. Mihmihmih. (Rasa murah dah – muaahaha :mrgreen:)

Tengok kacang Hazelnut dan Pecan ni pon. Untuk satu bijik kek, harga kacang jek dah RM5.90 dan RM8.40. Haaa akan datang dicaj GST pulak (walhal sepatutnya harga lagi murah sbb SST dimansuhkan). Haih, saya pon tak tahu nak kata apa. Aci tak peniaga kecik macam kami naikkan harga? Wakakakaakaka :lol:.

Tak yah, tak yah. Senang jek. Marilah kita pakat-pakat buat kek sendiri di rumah. Jimat, segar, dan air tangan ibu lagi haa. Sure anak-anak suka. Saya pon asalnya baking-baking ni hobi jek. Dah tu makan kek pon hobi gak. Cume side effect tu jek yang menyeramkan tuh. Hehehehe.

Ok, jom terjah resepi. Untuk Vanilla Sponge Cake, memang ada banyak variasi di blog dan buku-buku. Tapi saya lebih suka sangat guna resepi dari Nor Aini Zakaria. Tak tahu kenapa, bila guna resepi ini, jadi gebu gebas kek saya. Hahhaah. Agaknya bukan resepi kot, entahlah. Resepi lain basicnya sama jek, cuma beza sikit-sikit jek dari segi kuantiti. Tapi saya tetap suka resepi ini. Tangan org lain-lain rasanya.

1) VANILLA SPONGE CAKE

Masa diambil untuk persedian dan bakar : 3 jam

Bahan-bahan 

  • 120 gram gula castor
  • 10 gram ovalette
  • 130 gram tepung kek (saya guna super fine flour)
  • 1 sudu teh serbuk penaik (saya guna Double Action Baking Powder)
  • 60 gram minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 4 biji telur Gred A (jika ada gred B, saya guna 6 biji telur)
  • 40 gram air
  • 1 sudu teh esen vanilla

 

Cara Membuat Kek Span Vanilla

  1. Griskan acuan kek bersaiz 9 inci. Saya gunakan adunan pan release saya.
  2. Panaskan ketuhar 180 darjah celsius. Pastikan anda ada internal termometer untuk cek suhu dalam oven. Jangan percaya sangat suhu kat tombol tu. Hehehe. (sebab oven saya oven lama, so saya kena cek internal thermometer)lam mangkuk adunan.
  3. Ayak tepung kek, dan serbuk penaik.
  4. Dalam mangkuk adunan mixer kek, gaul ovalette dengan gula kastor sehingga rata.
  5. Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan adunan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga sebati. Biarkan mixer pada kelajuan perlahan selama 2 minit. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga gebu kembang dan ringan.
  7. Perlahankan adunan dan tuangkan air dan esen vanilla. Putar lagi selama 5 minit sehingga gebu dan ringan.
  8. Masukkan minyak masak dengan kaedah kaup balik sebhingga sebati. Pastikan kaup balik betul-betul sehingga tak ada lagi minyak berasing dengan adunan kek.
  9. Masukkan ke dalam loyang 9 inci tadi dan bakar dalam lebih kurang 45 minit.
  10. Selepas masak, keluarkan dan telangkupkan selama 5 minit. Tujuannya supaya kek tak turun.
  11. Selepas itu telangkupkan balik kepada kedudukan asal.

 Tada!! Ini kek Vanilla Gebu saya. Best kan tengok, rasa smooth jek. Tepi kek tu licin jek dek penggunaan Pan Release.

Kek Sponge Vanilla

Ok, kek span dah pun siap. Biarkan ianya sejuk dan nanti potong ia kepada 3 bahagian kek. Sebab kita nak jadikan 3 lapisan kek yang diselang selikan dengan adunan cream cheese filling mousse.

2) KACANG KARAMEL

Sumber resepi: Azlita Masam Manis

Yang ni sangat sedap hokeh! Kacang yang disalut karamel sangat sedap! Malah Cik Abe saya asyik suruh buat kacang ni jek. Lagilah kacang best kan, Kalau setakat kacang tanah tu, err.. maafler. Hehehe. Ni pecan dan hazelnut wooo! Memang la sedap! Dan alang-alang sedap, baik buat kek terus kan. Oh memang rangup dan yummy.

 

  • 1 cawan kacang pecan
  • 1/2 cawan kacang hazelnut
  • 80gm gula perang
  • 2 sudu besar madu

Cara Buat Kacang Karamel:

  1. Kedua-dua kacang dipanggan terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170’C selama 15 minit.
  2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
  3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api sederhana
  4. Jangan sampai gula hangus.Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.
  5. Kemudian masukkan kacang yang telah dipanggang tadi.
  6. Gaul rata dengan segera.
  7. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.
  8. Biarkan ia sejuk dan mengeras.Bila kacang telah sejuk dan keras,cincang sedikit.
  9. Ketepikan.

 >

3) CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

Bahan2:

  • 340g mentega tanpa garam
  • 1 1/2 cawan gula perang (saya guna 1/2 cawan jek pon dah manis)
  • 1 cawan whipping cream/heavy cream/thick cream
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 580 gm cream cheese-dilembutkan
  • 1/2 cawan gula icing-diayak (lepas ni ubah jadi 1/4 cawan jek)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara:

  1. Mula2 kita sediakan butterscotch terlebih dahulu.
  2. Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil.
  3. Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair.
  4. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula melarut.
  5. Selepas itu masukkan garam dan whipping cream.
  6. Kacau hingga ia licin dan berkilat.
  7. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.
  8. Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim.
  9. Tambahkan butter yang selebihnya tadi (butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
  10. Terus putar hingga adunan lembut,licin dan berkrim.
  11. Masukkan cream cheese butterscotch frosting ke dalam piping bag,ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
  12. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit.

<

4) BUTTERSCOTCH SAUCE SEBAGAI HIASAN

Bahan:

  • 2/3 cawan gula perang
  • 6 sudu besar mentega-potong kecil
  • 1/2 cawan corn syrup (jika tiada corn syrup, ganti dengan madu)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream

Cara:

  1. Masukkan gula perang,mentega,corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana
    sehingga gula melarut.Tambahkan heavy cream.Masak hingga pekat.Sejukkan.
  2. Sekarang bolehlah kita mulakan proses melepa kek.

5) CARA HIAS KEK

  1. Potong kek kepada 3 keping kek. Ambil sekeping kek daripada kek yang kita telah potong tadi.
  2. Letakkan atas lapik kek
  3. Kemudian letakkan butterscotch sauce.
  4. Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
  5. Kemudian ambil kacang karamel yang telah kita cincang2 tadi. Taburkan atas permukaan kek kita itu. Jangan letak banyak sangat tau,nanti susah nak potong kek pulak. Letak sekadar rata sahaja.
  6. Selepas itu, isikan lagi cream cheese butterscotch frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita. Ratakan.
  7. Ambil sekeping lagi kek,lapisan kek yg ke 2.Sapukan dg butterscotch sauce,kemudian terlangkupkan
    atas krim tadi. Ini bermakna,lapisan kek yg kedua diletakkan butterscotch pd kedua2 belah.
  8. Akhir sekali kita salutkan atau lepa kek kita tdi dengan lebihan cream cheese butterscotch frosting.
  9. Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.
  10. Kemudian bolehlah deco kek mengikut kreativiti masing-masing.
  11. Hiaslah kek dengan kacang karamel yg telah dicincang.
  12. Tuangkan juga butterscotch sauce
  13. *Jika butterscotch cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
    Tunggu ia benar2 sejuk baru tuang atas kek.
  14. *Kalau tak suka manis boleh kurangkan lagi sukatan gula terutamanya pada resepi cream cheese butterscotch sauce.
  15. *Kalau nak kek nampak kemas,curah white chocolate ganache terlebih dahulu baru tuangkan
    butterscotch sauce di atasnya.

 

 Tada!!!!! Memang sedap!!! Tapi memang agak leceh membuatnya. Hehehehehe.

 Selamat mencuba!!!;-)

 

 

 

5 comments

  1. tq for the resepi.. saya dah cuba..1st buat kek bantat..hahahha…buat lagi..thennnn memang ohsemmmm.. sedap sgttt.

    cuma i guna tepung gandum still taste so good!!!

  2. slm, sy x berapa nak phm yg di maksudkan di atas dgn ‘Mula2 kita sediakan butterscotch terlebih dahulu’ utk adunan ini gula perang di habiskan ke.

Leave a Reply to mohamad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *