Kek Puding Karamel Version 2

Banyak version rupanya Kek Puding Karamel ni. Saya punya sebelum ni sangat lah simple. Boleh klik kat sini ye untuk Version 1. Version 1 ni tersangatlah simplenya. Tapi kek dia agak kering dan kalau tak cukup gebu memukulnya, boleh jadi agak keras. Masa open house Raya haritu, kek puding karamel saya, bahagian keknya agak keras sedikit. End up budak-budak dok korek puding karamelnya sahaja, tinggalkan keknya. Wooooo… 😥

Tersinggah pulak blog Kak Ita Masam Manis. Ya Allah, terliur tengok kek puding karamelnya. Geram betul. Geram sungguh. Memang nak sangat buat. Alhamdulillah, 1st attemp terus menjadi. Syukur. Kalau nak tengok details tatacaranya yang original, boleh klik sini ya. Semua ni saya copy-paste dari blog beliau sahaja untuk jadi Version 2 saya. Hehe. 😆

>

>

>

>

A) Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk.
  6. Ketepikan

>

B) Bahan Karamel

1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. Biarkan ke tepi (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

>

C) Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

>

D) Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

  1. Ayak bersama tepung dan baking powder.
  2. Masukan  sikit2 bahan D ke dalam bahan C dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.

>

E) Merinque 
6 biji putih telur – pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung ( Bahan C + Bahan D) tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
    Letakkan pewarna yang anda sukai.
  • Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  • Belang- belangkan adunan
    Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula. Akhir sekali dengan satu sudu. Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath

  • Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  • Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.
  • Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  • Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  • Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  • Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  • Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  • Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  • Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  • Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

 

Bahagian sama berat. Saya timbang setiap satu. =D

>

Letakkan pewarna disukai.

>

Kek yang siap dilorek.

>

Bakar guna kaedah Steam Bath @ Bain Marie Water Bath. Bawah loyang kek, letakkan loyang lebih besar, dan isi dengan air sehingga paras menutupi aras puding kek.

>

Kek yang siap dimasak. Biarkan dalam oven selepas tutup oven, sampai renggang sendiri tepi-tepi kek itu.

>

Terbalikkan ke atas pinggan. Saya tak punya pinggan cantik-cantik. Hihi 😆 .

>

 

Setelah dibedah.

>

Gebu dan sangat moist kek ni. Tak kering langsung. Memang tak payah kunyah, terus cair dalam mulut. Hehe.

>

 

>

>

Thanks Kak Ita.

Kek ni sedap sangat-sangat.

Ayah Iman sangat sukakannya.

>

>

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Kek Puding Karamel Version 2”

  1. Ya Allah kak. Sebenornyekan lama da wani nak tanya malah nk bg gmbo skali. Nak tanya akk tau x buat kek ni. Sbb mak bwk balik dri surau aritu,try rse. Ya Allah heavennye rase… Mak kekonon xnk rase (mak tkak traditional sket,xnk mncube) ble da dipaksa2 mak try sket. Hahhh dah berebut 2beranak! kek tinggal spotong jerk! hahaha. alaaa tp rumit jugerk step nye buat amatur mcm wani neh. Nnti nk try le. mekaseh2. Resipe dari kak eita kte ke? Mak aritu kate nk tmpah kt kwnnyetu mse raye neh. haha senang…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *