Kek Span Kopi

Kek Span Kopi

 

Salah satu hari di hujung minggu tak kira samaada Sabtu ataupun Ahad, adalah wajib bagi saya untuk overhaul rumah. Masa ni lah separuh hari akan diperuntukan untuk mengemas rumah kecil kami itu. Dari mencuci tandas, menvakum lantai, mengemop lantai, mencuci tingkap dan segala cadar, membuka kedai dobi pakaian, semua kami lakukan berdua suami isteri. Rumah kecil. Jadi agak mudah dan tak memerlukan kami memanggil weekend maid. Lagipun saya puas hati dapat kemas sendiri.

Selepas setengah hari penat mengemas, teramatlah suka untuk jalankan satu projek baking. Passion kononnya. Haha. Kepuasan. Itu je yang saya boleh kata. Maybe tak cantik pun, maybe tak sedap pun. Tapi saya percaya yang practice makes perfect. Huehueheu.

>

>

Rumah setelah dikemas, dan disepahkan semula oleh Cik Iman. Untuk mulakan aktiviti baking, harus attract Iman dengan perkara lain. Dengan jayanya Iman mengambil mini2 loyang saya untuk sengaja ditaburkan di ruang tamu. Tak cukup dengan troley pasar yang dijadikan usungan ke sana ke mari. Lepas penat, barulah “lepaking” depan TV =D

Resepi ni dapat dari buku Kompilasi Hidangan Kek by Nor Aini Zakaria. Jatuh cinta pada resepi kek span kopi yang sangatlah mudah menyediakannya.

 

Resepi
Kek Span Kopi
Sumber: Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan Kek Span Kopi:
140 gram gula kastor
15 gram ovalette
5 biji telur
125 gram tepung kek*
1 sudu kecil serbuk penaik*
(* diayak bersama = bahan A)
75 gram minyak masak
40 gram air
1 sudu teh emulco kopi**
1 sudu teh serbuk kopi**
(**disatukan bersama = bahan B)

Krim Mentega:
150 gram mentega
350 gram margerin krimwell
180 gram sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Krim mentega optional yang saya buat:
169 gram mentega
250 gram margerin krimwell
250 gram vegetable shortening
300 gram gula aising yang telah diayak
1 sudu besar ekstrak vanila (atau apa2 perisa)
2 sudu besar air masak

Cara membuat:

  1. Gaul ovalette dan gula kastor sampai sebati. Asingkan.
  2. Masukkan telur dan bahan A ke dalam gula tadi. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit, dan kemudian 5 minit dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan bahan B. Pukul lagi 5 minit sehingga kembang dan gebu.
  4. Tuangkan minyak masak, dan gaul dengan sudip atau spatula sampai sekata dan sebati.
  5. Masukkan adunan dalam cawan kertas berlubang 12 seperti gambar di bawah. Berat setiap cawan yang saya masukkan ialah 25 gram.
  6. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celsius (bergantung kepada calibration oven masing2 ya). Hangus tak jamin =D Haha
  7. Hidangkan dengan buttercream.
  8. Cara buat buttercream: Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit. Masukkan sirap gula/ susu dan gulan aising. Pukul lagi sehingga sebati.
  9. Cara buat buttercream yang syaa oter: Pukul mentega, krimwell dan shortening hingga kembang dan gebu. Masukkan gula aising, dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan ekstrak vanila dan air masak.

 

Kek Span Kopi

Terpampang buku resepi depan mata untuk dicuba. Hehe.

>

Kek Span Kopi

Dan hasilnya, memang tak mengecewakan saya. Wow..tersangatlah saya suka bentuk swirl itu.

 

>

Hanya sebahagian sahaja adunan kek yang saya jadikan cupcake. Cupcake itu untuk diberi kepada Mama dan kakak di kampung. Mereka lah selalu jadi bahan eksperimen saya. “Sedap tak? Sedap tak?” adalah soalan wajib tanya. Haha. Sebahagian lagi saya jadikan kek span bulat biasa. Teringin nak deco bentuk roses sebenarnya. Sangat popular di blog2 omputih.

Kek Span Kopi

Kek ini tersenget pula masa stacking the layers. Lantaklah. Untuk makan sendiri, jadi saya malas betulkan. Haha. Mula2 cover kan semua permukaan dengan crumb coating. Supaya lapisan serdak2 tak tertarik bila nak letak lapisan aising seterusnya.  aising penuh nanti.

>

Kek Span Kopi

Design roses ni sangatlah mudah sebab tak perlu nak ratakan permukaan kek selicin2nya. Haha. Sesuai sangat2lah untuk orang pemalas macam saya ni. Maklumlah, budak baru belajar. Terkial2 kalau nak ratakan aising selicin2nya. Hihi.

 

Kek Span Kopi

Wallah! Kek yang tadinya senget terus jadi tak senget. Bestkan teknik aising roses decoration ni. Heheh.

<

Kek Span Kopi

Sepotong untuk saya makan. Memang rasa kopi yang menawan. Saya sangat suka! Buttercream ni saya oter2 ikut lidah saya. Sebab macam dah boring dengan buttercream resepi saya yang dahulu. Bila letak portion butter banyak, rupanya struktur cream akan lebih licin. Barulah saya tahu.

 >

Kek Span Kopi

 Hehe…amacam, boleh naik gred tak? =D

>

 

 

1 thought on “Kek Span Kopi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *