Kek Tertunggak

Tertunggak buat entry. Haha. Hanya sempat update di FB. Terabai pula rumah yang satu ni. Baru-baru ni laptop saya rosak. Memang jenuh lah mencari balik segala resepi yang pernah dicuba sebelum ni. Adoh.. memang naya. Ada baiknya kongsi kat semua  orang resepi-resepi ni. Tak yah la saya nak berkedekut. Kalau Allah dah anugerahkan seseorang itu kemahiran, insyaAllah, akan hadir juga rezeki. Sebab ada jenis orang yang Allah takdirkan dia try macam mana baking segala pon tak jadi jua. Haaa, orang-orang macam nilah jadi bakal customer ye tak? Ahahahaaha…gurau-gurauan sahaja. Hihi. Sesiapa nak resepi, ambil je,  sebab saya pun ambil dari orang. Moga apa yang kita kongsi-kongsi sikit sebanyak ni dapat ringankan beban kita di akhirat sana, InsyaAllah.

 Saya recall balik resepinya ya:

 

Rainbow Cake

Resepi asal : Whisk Kid

226 g butter, room temp
426 g sugar (saya kurangkan jadi 300 g sahaja)
5 egg whites, room temp (saya sekarang gantikan dengan 4 biji telur putih dan kuning. Haha. Sama je rasa. Lagi gebu ada)
1 teaspoons vanilla
426 g flour (tepung naik sendiri)
1 tsp baking powder
½ tsp salt (abaikan kalau guna salted butter)
355 ml milk, room temperature

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 180C.
  2. Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus.  Saya guna loyang 8 inci sebanyak 2 biji. Oven boleh masuk 2 loyang. Maka saya bakar 3 kali sahaja untuk 6 warna berbeza.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  6. Masukka esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 240 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 15 minit bagi setiap loyang (ni kalau ikut oven sayalah. Hehe)

Italian Meringue Buttercream

Resepi asal: Cake Journal

Makes 8 cups.

120 ml @ 1/2 cup air
430 g gula castor
250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
680 g unsalted butter (wajib guna unsalted butter. Kalau tak rasanya muak)
1 tsp of vanilla extract

Cara-cara:

  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama ~10 ke 15 minit.
  5. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer. Pastikan ia cair dulu baru pukul. Kalau tak struktur buttercream ni rosak. Pernah buat dah. Uhuhu.. rosak. So, pastikan thaw betul2 sampai betul2 lembut.
  6. Kalau diperhatikan, warna italian buttercream agak kuning sedikit berbanding buttercream yang menggunakan shortening dan krimwell.

 Selamat Mencuba

Salam sayang,

Mama Iman =)

1 thought on “Kek Tertunggak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *