Kek Tiramisu – Resepi Mousse Kuning Telur

Selalu sangat pening nak buat apa la dengan kuning-kuning telur yang melambak bila mana ada orang nak order Pavlova  :mrgreen: Akhirnya berjaya jugak carik resepi untuk kuning telur yang sungguh sedap. Iaitu Kek Tiramisu. Ha, kek tiramisu sebenarnya ada macam-macam jenis resepi. Ada yang tanpa telur, hanya menggunakan whipping cream dan cream cheese, ada yang menggunakan yogurt,, dan ada yang menggunakan kuning telur.

>

>

Kek Tiramisu 

  • Mengunakan whipping cream dan cream cheese sahaja
  • Menggunakan yogurt
  • Menggunakan gelatin dan kuning telur untuk dijadikan bahagian mousse

 

So, google punya google, berjaya jumpa yang sedap di tekak, dan cantik di mata  :lol:. Hehe. Sumbernya dari blog Rahel. Cantik-cantik rupa paras kek dalam blog Rahel ni. Boleh layari link di bawah ini ya untuk tengok Blog Rahel ni. Resepi yang menggunakan kuning telur dan juga gelatin. Gelatin yang halal ya. Toksah yang tak halal.

http://rahelcake.blogspot.com/2013/04/kek-tiramisu.html

Kenapa perlu update kat blog. Sebabnya, saya ni suka lah lupa dan menghilangkan resepi yang best-best. Kalau pun ada tulis kat buku, memang lunyai buku tu tertumpah macam-macam. So memang blog lah paling selamat. Lagipun ia menjadi bukti saya dah buat resepi ini dan menjadi dengan parameter-parameter oven, dan mixer saya. Maklumlah saya ni pakai hand mixer jek. Jenama Elba jek pon. Bukan mixer harga ribu-ribu. Oven pon oven cikai sangat jek. Hahaha. Maka, berikut adalah resepinya. Supaya ku ingat sampai bila-bila. Wahahaaha. InsyaAllah, resepi yang sangat saya puas hati.

>

KEK SPAN VANILA
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria

BAHAN A
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

BAHAN B (DIAYAK)
130g tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik

BAHAN C
40g air
60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

<

CARA MEMBUAT:

  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8” atau 9”.Lapis dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C.
  2. Satukan BAHAN A & BAHAN B ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.
  7. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
  8. Biarkan ia sejuk.
>
>
>
>
>
>
TIPS KEK SPAN SUPAYA BETUL-BETUL JADI
Haha… mesti ramai pernah buat kek tak menjadi kan? Tipsya mudah sahaja. Ikut sahaja resepi.
  1. Jangan membantah dan jangan nak memandai. Kalau dalam resepi kata pukul selama 5 minit, maka wajiblah pukul selama 5 minit. Set timer betul2-betul supaya 5 minit. Ade sebabnya kenapa disuruh pukul 5 minit. Supaya adunan kek tu cukup kembang.
  2. Seterusya, sediakan bahan-bahan terlebih dahulu. Makna kata, jangan ade delay-delay masa masukkan bahan dalam adunan. Kek span contohnya, memang perlukan lebih banyak udara di dalam kek supaya kek kembang. Lebih pantas kita bertindak, lebih banyak lah angin dalam kek tu.
  3. Pakai telur yang tidak sejuk. Telur dalam suhu bilik. Juga pastikan pakai telur yang sesegar mungkin.
  4. Siap adunan, terus masukkan dalam oven yang dipanaskan tadi. Jangan delay-delay. Sebab tulah sediakan siap-siap awal-awal semua loyang yang digris dan diletak kertas serap minyak.
>

MOUSSE KEJU
Sumber:Wendy Kor

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
500g Keju Mascarpone—>>yg ni saya guna krim keju biasa

BAHAN B
6 biji kuning telur
100g gula kastor

BAHAN C
20g gelatin
30ml air suam

BAHAN D
250g krim putar—>>yg ni saya guna Non-dairy Whipping Cream

SIRAP KOPI:
80g gula
80ml air
10g kopi segera
10ml minyak kopi—>>yg ni saya tak letak

HIASAN:
60g serbuk koko
CARA-CARA:

  1. Masakkan BAHAN A cara double boil sehingga lembut.Ketepikan dahulu.
  2. Gaul BAHAN B sehingga sebati dan panaskan cara double boil pada suhu 80’C.Campurkan BAHAN A dan kacau sekata.
  3. Larutkan BAHAN C sehingga gelatin larut dengan betul. Masukkan adunan BAHAN A dan B dan gaul hingga sekata.
  4. Masukkan bekas ke dalam mangkuk yang telah diisikan air sejuk dan ais.
  5. Teruskan mengacau bahan itu untuk menurunkan suhunya.
  6. Pukul BAHAN D sehingga kembang dan campurkan ke dalam adunan di atas secara kaup balik. Kacau hingga sebati.

Sirap Kopi
Masakkan dan kacau bahan sirap kopi sehingga gula larut.

CARA ATUR SUSUN KEK:

  1. Bahagai kek sama rata kepada 3 bahagian.
  2. Letakkan satu lapis kek di dalam mousse ring 8″.Sapu sirap kopi di atas kek.
  3. Tuangkan 1/3 bancuhan mousse ke atas kek. Taburkan sedikit lapisan serbuk koko di atas mousse.
  4. Letak sekeping lapisan kek dan sapu sirap kopi di atas kek.
  5. Kemudian tuangkan 1/3 lagi mousse. Taburkan serbuk koko lagi di atas mousse.
  6. Letak lapisan ke 3 kek dan kemudian tuangkan baki 1/3 lagi mousse dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihias dan dihidangkan.

>

Selamat Mencuba! 😎

 

3 thoughts on “Kek Tiramisu – Resepi Mousse Kuning Telur”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *