Ketagih Buat Cheese Tart

Sudah! Bila dah mula buat, dan menjadi pula, jadi ketagih dibuatnya. Ketagih nak buat lagi, dan ketagih nak makan lagi. Mula-mula saya tibai je pakai loyang cupcake kecik2 untuk jadikan mould cheese tart. Tapi rasanya tebal sangat2. So, memaksa juga diri membeli loyang khas untuk tart. Tak tahu pulak macam-macam saiznya. Harga boleh tahan mahal. Yang ni 5 cm saiz, 100 pc, harga dalam RM29 gitu kat Kedai Bagus. Overexcited buat nak bawak ke picnic esok pagi, tapi start buat cheese tart ni pukul 1 pagi. Teruk tak? Pastu, tak budget langsung lah pulak yang nak acu adunan doh tu ke dalam loyang ambil masa agak lama. Banyangkan untuk semua 1 adunan doh ni, saya ambil masa 2 jam lamanya. Wahhh!!!!!!! Burn waktu tidur. Huhuhuhu!!!! Siap bakar semua, pukul 4 pagi. Unhuk2. Tapi bila jadi, sangat puas hati, dan rasa berbaloi2. Hehe.

Ok. berbalik kepada resepi pulak, saya memang cdok bulat2 dari Blog Kak Ita Masam Manis. Bukan takat resepi. Bahkan kesemua teknik pun saya tiru bulat2. Thanks sangat2 Kak Ita. Semoga Kak Ita murah rezeki. Kak Ita ni langsung tak lokek nak kongsi resepi. Memang marvelous!!! Banyak sangat resepi yang sedap2 dari sana. Memang nak try buat semua. Gambar yang diambil punyalah menggoda2 tak sanggup kalau tak cuba. Ops, jangan bandinglah dengan gambar kat Blog Dapur IbuCergas.Com ni. Sebab saya punya kamera cikai2 sahaja. Muahuahauahau. So Kak Ita, izinkan saya copy kat sini ya.

 

Cheesetart
Resepi Asal: Azita Kitchen
Resepi Olahan: Kak Ita Masam Manis

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak selama 15 minit.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. 
  5. Untuk hiasan atas tart: Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. 
  6. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

4 thoughts on “Ketagih Buat Cheese Tart”

    1. rasanya kalau ade baca betul2, saya ada tulis kat atas tu. ahhahhhaha
      tapi tu harga lama dulu la. skrg x tau

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *