Lagi Kek Red Velvet Ubi Bit

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Vekvet Ubi Bit

 

Puree Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Warna merah dari ubi bit bleaching sehingga ke  luar cream cheese frosting

 

>

 

Red Velvet Ubi Bit

Loyang 8 inci, Tinggi 4 inci

Bahan-bahan

  • 3/4 cup reduced beet juice (6 biji ubi bit, extract jusnya, dan panaskan sehingga kuantiti menjadi 3/4 cup)
  • 1 tbsp lemon juice
  • 1 tsp rice vinegar
  • 1 cup sugar (190 gram)
  • 100g unsalted butter at room temperature
  • 1 tsp vanilla extract (saya tak letak sebab takut. Melainkan letakkan vanila semulajadi dari batang vanilla)
  • 1 tsp baking powder (aluminium free baking powder, organic)
  • 1 1/2 cup unbleached flour (wajib unbleached. Beli unbleached organic self raising flour)
  • pinch of salt (1/4 sudu kecik)
  • 2 eggs
  • 1/2 cup buttermilk (wajib buttermilk dalam kotak, bukan susu  dicampur dengan cuka)
  • 2 tbsp natural cocoa powder (wajib natural serbuk koko)

<

Cara Mendapatkan Jus Ibu Bit Yang Pekat

  1. Kupas 6 biji ubi bit (beetroot) dan masukkan ke dalam microwave. Masak dengan suhu medium selama 20 minit. Cara lain ialah, bakar atau panggang dengan merendam ubi bit ke dalam loyang berisi sedikit air (tenggelam). Masak sehingga empuk. Menggunakan microwave lebih menjimatkan masa berbanding panggang.
  2. Gunakan jus extractor untuk perah segala jus dari ubi bit. Daripada 6 biji ubi bit, akan dapat lebih kurang 3 cawan jus asli ubi bit.
  3. Panaskan atas api kecil sehingga kuantiti 3 cawan jus itu berkurang menjadi hanya 3/4 cawan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan extract jus ubi bit yang betul-betul pekat. Jika tak cukup pekat, warna ubi bit akan kelam. Gamba dalam entry ini menggunakan puree ubi bit, oleh keraa itulah, warna tidak sebegitu pekat.
  4. Bila sejuk, terus masukkan cuka dan jus lemon ke dalam jus ubi bit. Ini untuk memastikan warna jus ubi bit tidak teroksida dan berubah menjadi coklat.

 

Pastikan Adunan Bersifat Asid

Keasidan adunan inilah yang menjadikan warna kek ubi bit ini menjadi merah. Jika adunan bersifat alkali, maka warna ubi bit akan bertukar menjadi coklat.

  1. Kenapa kena gunakan unbleached flour? Sebab unbleached flour bersifat asid manakala bleached flour bersifat alkali.
  2. Untuk memastikan warna ubi bit kekal merah, kita kena pastikan adunan kesemua bahan dalam kek ini bersifat asid.
  3. Serbuk koko juga pastikan ianya bukan dutch proses. Pastikan ianya adalah serbuk koko natural tanpa sebarang bahan tambahan.
  4. Pakai vanilla asli menggunakan batang vanila. Jangan pakai vanilla tiruan, kerana takut merubah sifat adunan kepada alkali.

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

 

Kek Red Velvet Ubi Bit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *