Lemon Blueberry Cake – Kek Lemon Dengan Blueberry

Selama ni tak berani seyh nak beli blueberry. Sebab harganya yang mahal, dalam 250 gram dekat RM20. Tercekik anak tekak sendiri. Kihkihkih. Tapi saya yang jakun ni tetiba nampak blueberry murah di Jaya Grocer, cuma RM9.90. Apalagi, rembat la bebanyak buat stok. Heheheh. Sebab tu la kek saya sekarang meriah dengan buah. Sebab rasa berbaloi sangat-sangat.

Bila bahan dah ada, barulah dok carik dan godek resepi. Hahaha. gak-agak nak stresss tu, apa lagi, sinsing la lengan ke dapur buat kek. Puas hati ai. Puas lagi hati ai bila nampak kejadian kek saya ni. Cume nak makannya la jenuh nak perabih. Encik suami sampai dah tak lalu wooo nak jamah kek. Sebab kerap sangat buat kek.

Dalam resepi kali ni memang ada Buttermilk. Cuma masa tu saya lupa nak beli buttermilk, maka saya gantikan dengan susu + lemon. Tapi kan, effect dia tetap takkan sama kalau dengan menggunakan buttermilk betul2 yang dibeli di kedai. Masa saya buat Red Velvet dengan Ubi Bit dulu pon sama. Kek guna pure buttermilk memang naik gebu gebas berbanding dengan kek yang guna homemade buttermilk (susu + lemon).

Pengajarannya, JANGAN DERHAKA RESEPI!! Hahahahahha..

Baiklah, jom layan resepi dan cuci mata naaa..

 

 

 

Lemon Blueberry Cake – Kek Lemon Dengan Blueberry

Resepi: Sallys Baking Addiction

Bahan Untuk Kek Blueberry

  • 1 cawan (230g) mentega tanpa garam, dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 dan 1/4 cawan (250g) gula pasir @ castor
  • 1/2 cawan (100g) gula perang (saya tak letak)
  • 4 biji telur besar, pada suhu bilik
  • 1 sudu besar
  • 3 cawan (375g) tepung gandum, berhati-hati supaya tak overmeasure
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • Garam 1/2 sudu teh
  • 1 cawan (240ml) buttermilk (bila pakai susu + cuka, kek jadi padat. Lainkali guna buttermilk betul)
  • sedikit kulit lemon diparut + jus lemon 2 sudu besar
  • 1 dan 1/2 cawan blueberry, segar (258g)
  • 1 sudu besar tepung gandum

Bahan Cream Cheese Frosting

  • 8 auns (224g) cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik (saya letak 250 gram)
  • 1/2 cawan (115g) mentega tanpa garam, dilembutkan pada suhu bilik (saya tak letak)
  • 3 dan 1/2 cawan gula (420g) gula aising (saya cuma letak 85 gram)
  • 1 – 2 sudu besar (15-30ml) heavy cream (saya guna 250 gram heavy cream @ non dairy whipping cream)
  • 1 sudu teh extract vanilla (saya tak letak)
  • Secubit garam (saya tak letak)

Cara Adunan Kek Blueberry

  1. Panaskan ketuhar kepada 170 atau 180 C  mengikut oven masing-masing. Sapukan 3 loyang kek bersaiz 8 inci dengan menggunakan non stick spray (jika ada). Saya menggunakan homemade non-stick pan release atau goop (klik sini untuk resepi Goop).
  2. Dengan menggunakan hand mixer pegang atau stand mixer pukul mentega dengan kelajuan tinggi sehingga berkrim dan pucat – kira-kira 1 minit.
  3. Tambah gula pasir (atau gula castor) dan gula perang dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim, dalam anggaran kira-kira 2-3 minit. Kaut tepi dan sisi mangkuk pengadun jika perlu.
  4. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana sehingga semuanya sebati, kira-kira dalam 2 minit. Kaut tepi dan sisi mangkuk pengadun jika perlu. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk bersaiz besar, ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkam perlahan-lahan dengan bahan kering ini ke dalam adunan basah tadi. Pukul pada kelajuan rendah selama 5 saat, kemudian masukkan buttermilk, parutan kulit limau, dan jus lemon. Kacau sebati.
  6. Salutkan blueberry dalam 1 sudu besar tepung dan kaup balik ke dalam adunan. Adunan adalah sedikit tebal. Jangan overmix sebab nanti kek akan jadi padat.
  7. Sudu adunan sama rata kepada 3 loyang bersaiz 8 inci setiap satu. Bakar dalam anggaran 25 minit untuk setiap loyang. Sentiasa perhatikan kek supaya tak overcook.
  8. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum diletakkan cream cheese topping.

Cara Adunan Cream Cheese Frosting

  1. Dengan menggunakan hand mixer pegang atau stand mixer, pukul keju krim dan mentega bersama-sama pada kelajuan sederhana sehingga tiada ketulan, kira-kira dalam 3 minit.
  2. Tambah gula aising, 1 sudu besar heavy cream, ekstrak vanila, dan garam pada kelajuan rendah. Tingkatkan kelajuan dan pukul lagi selama 3 minit sehingga kembang.
  3. Mulakan melepa cream cheese diatas kek dan tepi kek. Hias atas kek dengan blueberry atau lemon hiasan jika mahu. Dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 45 minit sebelum memotong supaya kesan potongan tu lebih cantik.

<

 

Adunan ni, insyaAllah blueberry takkan mendap ke bahagian dasar kek

 

Menggunakan Homemade Pan Release Goop memang menjadikan tepi kek tampak cantik, walaupun tak menggukan baking paper sebagai alas.

 

Meriah kan dengan buah? :lol: Untuk penuhkan atas kek ni, memerlukan lebih kurang 1 cawan Blueberry. Dalam adunan kek tadi pon dah 1 cawan lagi. Means total Blueberry adalah RM20 gitu.

 

Keratan rentas kek, yummy. Kek kelihatan padat sebab saya tak menggunakan pure buttermilk. (pengajaran buat saya) mihmihmih (^_______^)

Selamat menjamu selera!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *