Mango Mousse Cake

Saya pernah ceritakan betapa saya amat menggemari buah mangga. Kalau beli memang nak beli banyak. Tiba-tiba macam ada longgokan mangga di Shah Alam. Apa lagi, saya beli 3 kilo terus~!! RM 10 jek. Saya ingat manis dan sedaplah kan. Bila sampai rumah, kupas punya kupas, pergh…tak manis pun. Ada lah 2, 3 biji yang manis. Yang lain semua out! Tak tahu nak buat apa dengan mangga ni, tiba-tiba tergoogle pulak Mango Mousse Cake. Walaupun tak tere nak buat kek, terasa macam teringin buat pulak. Gatal tangan betul.

Berkebetulan pulak Iman dan Ayah Iman santak tidur dari lepas maghrib. Buntulah saya seorang2 tak tahu nak buat apa. So, apa lagi, bersilatlah kat dapur. Dari pukul 9, sampai 12 tengah malam.

Tengok dulu resepinya ya?

MANGO MIRROR CAKE
Sumber : Baking Mum

Ingredients for spongecake:
90 gm unsalted butter melted
100 gm caster sugar
100 gm cake flour
4 eggs
20 gm water
12 gm spongecake stablilizer

Method
Preheat the oven to 200°C. Pour everything into a mixing except butter. Beat on high until mixture is white and creamy. Add the melted butter and mix well. Pour into a 8 inch baking tray and bake for 15 to 20 mins. When cake is cool, slice into two layers.

Ingredients for mango mousse
450 gm of mango puree
20 gm of gelatine powder
½ tsp of mango essence
a little yellow colouring
450 gm of whipped up diary cream (millac)

Boil mango puree and gelatine until gelatine dissolve. Leave it in fridge to cool down. When cool, add essence and colouring. Add in whipped cream and mix well. Keep aside for later use.

Assembling of cake:
Use cling wrap to wrap tightly a 8 inch square or round cake ring. Place a cake board below the ring to support it. Place a layer of spongecake into the cake ring. Pour half of the mango mousse into ring. Continue with the other layer of cake and the other half of the mango mousse. Gently tap the cake ring to even out the mousse. Leave it to harden in the freezer for a few hours. After that you can proceed to pour the mango mirror on top and refrigerate further until mango mirror sets. Unmould and serve.

Ingredients for mango mirror
125 gm water (if making clear layer, use 225 gm of water)
100 gm mango puree
45 gm sugar
9 gm gelatine powder
a few drops of yellow colouring

Bring everything to a boil and make sure gelatine is dissolved. Strain mixture and leave it to cool down slightly. Pour over top of cake and refrigerate until set.

 

Kisar semua buah mangga ni dengan air panas. Tak de apa reason pun kenapa guna air panas. Cuma rasa air yang baru dimasak takde bakteria. Haha.

 

Buat kek span. Kek span ni lembut. Resepi kek span ni mudah sangat. Mudah2 pun, saya tersilap juga. Dah terang2 dalam resepi kata jangan campur butter dulu, boleh pulak saya tercampur. End up kek tak naik tau. So, saya buat kek span kali kedua, ikut tatacara betul2, barulah kek naik dengan cantik dan gebunya.

 

 

 

 Tengok. Perbezaan kek yang naik dengan kek span yang tak naik.

 Kemudian, belah kek jadi dua. Kek span sangat lah lembut. Maka, ia tak boleh dipotong menggunakan cake leveler. Sebaiknya guna pisau pemotong roti. Ala, yang ada banyak2 gigi2 dan panjang tu. Saya takde pisau tu. Sejujurnya dapur saya kecil, dan tak banyak barang pun. Kuali pun sebijik jek =D Lepas tu letak balik dalam spring foam ya. Loyang kek tadi 8 inci, dan spring form ni pun 8 inci juga.

 

 

 Lepas dah letak kek, letak pula mousse  mango yang kita dah buat tadi. Lapisan bawah sekali adalah lapisan kek, kemudian, lapisan mousse. Hentak2kan loyang supaya semua mousse masuk ke dalam semua ruang kek. Masukkan lapisan kek yang kedua, dan akhir sekali tuang semua baki mousse. 

 

Last sekali, barulah masukkan mango puree untuk jadikan lapisan puding atas sekali. Pelan2 masukkan ya. Sebab asalnya saya masukkan laju2. Ia jadi tekanan kepada lapisan mousse mula. Tengok gambar di atas, sampai berlubang jadinya. Jadi, kene super super pelan2 tuang lapisan puding mango ni.

 

Ok siap. Makan masa masih sangat sejuk baru keluar dari peti ais ya. Kalau tak, lapisan puding dan mousse tu akan cair dan jadi meleleh. Memang jadi sememeh dan tak cantik. Saya punyalah bawak ke opis, memang cair semua. Bila kat rumah, melantak dengan Iman, sampai tinggal separuh kek ni jadinya. Haha.

Selamat mencuba ya.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *