Mini Cheesecake

Salam semua. Wujudnya mini cheese cake ni sebab senang nak bagi orang makan. Hahahaha. So takde lah bersepah nak kene potong-potong bagai. Senang nak pop in dalam mulut. Kebetulan ada event Shaklee haritu, untuk alas perut sebelum jamuan makan berlangsung, saya saja sedakan Mini Cheese Cake ni sebagai kudapan. Memang senang nak makan jadinya. Cheesecake ni gunakan sour cream. Tapi disebabkan saya takde sour cream, saya gantikan dengan yogurt dan campurkan dengan 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Oleh kerana menderhaka resepi, maka rasa kek memang sama, cuma teksturnya agak lain. :mrgreen: Maka, bila kek ni keluar oven, menag cantik kejadiannya. Tapi bila dah sejuk, ia jatuh sedikit di bahagian tengah. So, moralnya, jangan la dok derhaka resepi ya. Kalau nak makan sendiri, memang sedap jek rasanya. Tapi presentation tak berapa cantik laa kan. Hehehhe.

Cheesecake ni ada biskut di dasarnya. So bila bukak, memang sebijik macam cheesecake sebiji yang besar tu. Cuma mini in size.

mini cheese tart cheese cake 4

Rupa kejadian sejurus selepas keluar oven, memang nampak gebu dan cantik.

 

mini cheese tart cheese cake 3

 

 

mini cheese tart cheese cake 2

Keratan rentas cheesecake.

 

mini cheese tart cheese cake 1

inilah rupenya bila paper cup dibuka. Jadi memang lah sama dengan cheesecake besar tu. Cuma tak perlu dipotong jek:-P

mini cheese tart cheese cake 6

Untuk bekalan kudapan semasa even. Oklah sebagai alas perut.

>

Resepinya saya ambil dari Joy of Baking. Saya suka resepi beliau. Rata-rata resepinya memang tak berapa manis dan selalu menjadi. Selalu mengkut tekak saya. Siap ada video step by step lagi. So siapa yang rasa-rasa newbie dalam baking-baking ni, boleh la jengok-jengok Joy of Baking tu.

Mini Cheesecake 
Sumber: Joy Of Baking

Crust/ Dasar Cheese Cake:
100 grams biskut meri atau digestive biscuits
15 grams gula kastor
55 grams butter (dicairkan)

Filling:
454 grams cream cheese, room temperature (Philadelphia @ Tatura)
130 grams gula kastor
1/8 teaspoon salt (saya cuma letak 1/4 sudu kecil)
2 large eggs, room temperature (saiz A)
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 teaspoon grated lemon zest
1/2 cup (120 ml) sour cream, room temperature

 <

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 150 darjah Celsius. Gunakan paper cup dalam loyang muffin. Saya gunakan yang 12 lubang tu.
  2. Untuk dasar kek: Hancurkan biskut dengan food processor. Masukkan gula dan juga butter yang dah cair. Masukkan satu sudu besar adunan biskut ni dalam setiap paper liner dalam lubang loyang tadi. Tutup dan masukkan peti ais sambil nak buat isi cheesecake.
  3. Untuk Isi Kek : Gunakan mixer cake, pukul cream cheese sampai lembut dan licin, tambah gula sedikit demi sedikit, tambah garam dan pukul sebati. Tambahkan telursatu persatu. Tambahkan ekstrak lemon, vanila dan sour cream. Pukul sebati semuanya.
  4. Keluaran loyang muffin berisi biskut tadi, dan isi semua paper liner berisi biskut tadi dengan adunan cheese. Cukup untuk 12 genap.
  5. Bakar 18 – 22 minit. Jangan overbake. Cukup sekadar ia naik sedikit dan masih lagi bergetar2 atas kek tu.
  6. Sejukkan di luar, dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam.
  7. Hidangkan dengan jem blueberry atau strawberry mengikut suka. Boleh simpan dalam peti ais untuk beberapa hari.

 

Selamat mencuba~!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *