My 1st Cheese Tart

Wah….cheese tart sendiri yang pertama. Tak susah pun buat. Cuma lari tang sana sikit, tang sini sikit. Saya tak punya loyang khas untuk cheese tart. Cuma ada loyang kecik2 ni sahaja. Oklah, jadilah. Kalau dah cantik,  ada alasan nak beli loyang tart nanti. Muahauhauahau. Resepi memang terus cedok dari Kak Ita Masam Manis. Jom tengok.

Cheese Tart

Resepi : Azlita Masam Manis
Resepi Asal : Azita Kitchen

Bahan-Bahan Crust @ Shell:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Bahan-bahan Cheese Filling:
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-Cara:
Shell @ Crust:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

 

Buatnya shell @ crust pon takla sesusah yang dipikirkan. Mudah sahaja rupanya.

Fillingkan dengan blueberry paste @ strawberry paste @ kiwi paste @ apa sahaja paste yang disukai. Saya tak sempat nak beli paste langsung. So togel jeklah cheese tart ni. Kosong sahaja dalamnya. Hehe.

Oh..skill decorating yang teruk sekali.

Bakar buat kali kedua selepas diisi filling cheese.

Alamak!!! Mana nak tau rupanya corak2 tu semua akan kembang! Kalau tahu, saya buat comel2 tadi saiznya. Wooo…

Since tak berapa lawa, sebabtu ambil gambar dari tepi sahaja. Hehehe.

<

<

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *