New Improvised Red Velvet Beetroot Yang Gebu

Alhamdulillah, kek premium tanpa pewarna ni memang mendapat sambutan. Syukur. Memang bila dah makan yang guna betroot, rasa berdosa besar pada badan bila makan red velvet yang gunakan pewarna merah tiruan. jangan sampai salah resepi, sebab memang takkan naik kek ni jawabnya. Pernah jek ada yang personally tanya saya cara buat kek ni. Dan beliau gantikan buttermilk dengan gunakan cuka dicampur dengan susu.

Memang tak naik kek tu. BANTAT! Hehehehehehe.

Memang terpaksa la spend sikit duit beli original buttermilk. Tapi seriously berbaloi-baloi.

Untuk kali ni saya cuba gunakan tepung naik sendiri organik dan juga baking powder double action. Alhamdulillah memang gebu keknya. Tepung kek organik tu boleh juga diganti dengan tepung biasa, cuma make sure tak ada peluntur. Kalau tak memang kek akan bertukar menjadi warna coklat. Ingat, JANGAN DERHAKA RESEPI ya.

Step by step saya pernah tulis di SINI.

Heheh.

Kadang kala ada yang tanya saya,

“Boleh tak ganti sekian dengan sekian…”

“Boleh tak ganti itu dengan ini…”

Untuk kek lain, memang insyaAllah tak ada masalah nak ganti dengan apa pon. Tapi untuk betroot cake ni, janganlah ganti. Seriously ikut lah sebijik2 naa. Saya tak dapat membantu kalau kek tak jadi ya. Bwahahahahaha :lol: Dah la modal mahal, sanggup ke masuk ke tong sampah kalau bantat. Mahal tu beetroot tu.

Ok jom ke resepinya ya. Kek ni kalau nak jadi tebal cantik dan berat macam kek 2 kilo, kena gandakan adunannya. Tapi nasihat saya, better buat satu adunan per satu adunan. Bakar berasingan. Contoh, kalau nak kek 2 layer 8 inci, buatlah 2 adunan yang berasingan. dan loyang yang berasingan. Bukan apa, saya sendiri tak berani nak risikokan campur semuanya 2 adunan sekali.

Bahan-Bahan yang diperlukan (untuk 1 layer 8 inci kek)

  • 3/4 cup puree ubit bit (1 kilo beetroot, diekstrak juicenya dan dipanaskan sampai sejat – hanya tinggal paste)
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1 sudu besar air perahan buah lemon

 

Campurkan semua atas ni sebab lemon dan cuka akan jadikan warna beetroot kekal merah

  • 100 gram butter (unsalted)
  • 190 gram gula castor
  • 2 biji telur  saiz besar
  • 1 sudu teh extrak vanilla
  • 3/4 sudu teh garam (abaikan jika guna salted butter)
  • 1 1/2 cup (180 gram) tepung unbleached (mesti unbleached) – boleh guna organic self raising flour
  • 1 sudu kecil baking powder (aluminium free boleh, baking powder double action lagi bagus – ini saya improvised menjadikan kek gebu)
  • 2 sudu besar serbuk koko semulajadi (wajib semulajadi @ natural)
  • 1/2 cup buttermilk (pastikan beli kat kedai, bukan campur susu dengan cuka)

Cara-cara Buat Kek:

  1. Panaskan oven 170 darjah celsius mengikut suhu oven masing-masing (ingat, loyang kecik tak perlu bakar lama dan tak perlu suhu terlalu tinggi)
  2. Putar mentega dengan gula sehinga pucat (creaming method)
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanilla (beli yang tinggi kualiti ya)
  4. Masukkan tepung yang dah dicampur dengan baking powder dan serbuk koko.
  5. Masukkan buttermilk.
  6. Last sekali masukkan jus beetroot yang dan campur dengan cuka dan jus lemon.
  7. Terus bakar , jangan biar di luar lama-lama kerana risau teroksida.

 

 

 

 

 

4 comments

  1. Salam,
    Seronoknya bila dapat tau ada resepi red velvet tak perlu pakai pewarna tiruan..
    Mintak halal saya ambil resepi ni ya..
    Nak tanya, double action baking powder tu kena pakai yang aluminium free jugak ke?

    Tq

    1. Ya recommended aluminium free. Pernah try yang biasa, akhirnya warna merah beetroot jadi warna coklat!!

      Dah lah beetroot bukan murah. Uwaaaaa T___T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *