New York Cheesecake yang So Cheezy!!

Alkisahnya, ternampak iklan kat mana tah pasal New York Cheesecake ni. Terus terasa meliur-liur laaaa air liur ni. Hahaha. Saya nakkan Cheesecake yang betul-betul cheezy. Yang penuh dengan cheese, dan saya juga tahu harganya tak berapa nak murah. Kalau kek lama kat kedai tu, mungkin la murah. Cuba kira total ikut bahan-bahan ni.

  • 500 gm Cream Cheese Phideliphia RM7.20 x 2 = RM 14.40
  • 500 gm Sour Cream = RM 13.00
  • Digestive Biscuite = RM 8.00
  • Half of Pure Butter = RM 3.50
  • Almond 200 gm = RM 6.00
  • Telur 5 biji = RM 2.00
  • Granulated Sugar ~ RM 1.50
  • Blueberry 400 gm ~ RM 20
  • harga tak termasuk sedikit tepung, vanilla extract, lemon
  • TOTAL ~ RM70 hanya untuk modal

Speechless. So kalau nak murah, pergilah ke kedai-kedai. Tapi diorang dan kilang sure beli in pukal, memang lagi murah la kot. Nak murah, tak payah blueberry fresh bagai. Hehehee. Tapi disebabkan berjiwa baker, nak juga yang homemade. Nak jugak yang buat sendiri. Nak jugak yang segar. Barulah puas hati. Maka, berikut adalah bahan-bahan dan tata caranya ya.

Classic New York Cheesecake

INGREDIENTS

For the crust:

1/2 cup kacang badam dikisar halus
1/2 cup vanilla wafers, finely ground (saya tak letak, kat Malaysia tak jumpa ini)
1/2 cup biskut graham crackers, dikisar halus juga
2 tablespoons pure butter yang dicairkan

For the filling:

24 ounces cream cheese, at room temperature (500 gm)
1 1/3 cups granulated sugar
5 large eggs, at room temperature
16 ounces sour cream, at room temperature (500 gm)
1/4 cup flour
2 teaspoons vanilla extract
2 teaspoons lemon juice

For the blueberry compote (optional):

1 cup blueberries (400 gm)
2 tablespoons lemon juice
2 tablespoons granulated sugar
1 teaspoon lemon zest (better guna organic, sebab yang biasa punya penuh chemical)
1/2 tablespoon cornstarch

DIRECTIONS

  1. Panaskan oven dalam 160 darjah celcius. Saya gunakan 8 inci springform.
  2. Buat crust: Kisar semua kacang, biskut dan butter dalam mangkuk. Dan ratakan serta mampatkan ke dalam loyang springform tadi. Kalau nak tepek tepi-tepi dinding pon boleh jugak.
  3. Buat filling cheesecake: Gunakan mixer cake (saya guna hand mixer jek), pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang berkrim. Masukkan telur satu persatu, dan pukul rata. Masukkan tepung, lemon jus dan gaul semua sebati. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan pukul rata. Tuang ke dalam loyang berisi biskut tadi.
  4. Hentak sedikit loyang berisi adunan untuk buang bubbles yang ada dalam adunan.
  5. Bakar dalam 1 jam 30 minit. Matikan oven dan biarkan kek sementara dalam oven. Sebab perubahan suhu mendadak akan jadikan kek merekah.
  6. Biarkan kek sejuk betul-betul sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan semalaman.
  7. Buat Blueberry Compote: Campurkan jus lemon, blueberry , gula dan zest lemon ke dalam periuk kecil dan masak dengan api kecil dalam 5 minit. Masukkan tepung jagung untuk jadikan compote pekat.
  8. Tuang blueberry compote ke atas kek cheese.
  9. Sedia dimakan.

 

NOTA:

Make sure semua bahan-bahan berada dalam suhu bilik masa nak buat cheesecake. Cheesekan boleh disimpan selama 2 minggu dalam bekas kedap udara dan diletakkan dalam peti sejuk beku. Thawing ke dalam peti ais biasa semalaman sebelum dihidang.

 

new york cheesecake

 

Kek yang selepas dibakar. Memang kek ni naik cantik jek. Pernah saya gantikan sour cream dengan yogurt. Tapi end up kek tenggelam di tengah-tengah. Sour cream jadikan kek lebih stabil dan naik cantik.

new york cheesecake

 

Masa 1st time buat kek ni, saya gunakan base crust oreo, dan gunakan compote strawberry. Teknik buat strawberry compote sama je dengan blueberry compote.

 

Berikut pulak video cara-cara untuk buat kek ni. Dari sini lah saya dapat resepi ini dan kalau tengok video ni, seriously perfect betul crust dia buat sebagai base cake tu. Memang tempting.

Selamat mencuba! :-D

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *