Order: Rainbow Cake

Setiap kek ada kisahnya. Alkisahnya customer yang order kek Rainbow ni sebenarnya order untuk suprise birthday party kawannya minggu lepas. Mujur tak buat lagi sebab kawannya tiba2 balik kampung pula. Terpaksa tunda ke minggu ni. Dijadikan cerita pula, si kawan penganjur ni tak dapat nak ambil kek, justeru menyuruh si birthday person tu ambil sendiri. Siap pesan suruh selotapkotak sebab tak nak bagi dia tengok. Haha. Saya gelak membaca mesej customer ni. Alkisahnyadi pihak saya pula, Iman tiba2 demam dari taska. Apa lagi, laju2 lah bawak kereta ambil Iman, pulang ke rumah dan pas kek hanya diĀ  guard cuma sebelum gegas2 nak ke klinik. Mujur demam Iman biasa-biasa aja. Tapi still kena ambil emergency leave. Hai la Iman. banyak dah EL mama ambil bulan ni untuk awak. Macam mana nak dicalonkan jadi pekerja cemerlang ni. Kekkeekekek. Apa pun, kesihatan awaklah yang paling utama.

 

 

 

 

 

Selamat Hari Lahir yang dah terlewat untuk Mekti & Nanaz~!!

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *