Pavlova itu Mudah Dibuat…Tapi??

Ni separuh adunan Pavlova ya. Diameter lebih kurang 6 inci gitu. 2 disc. RM35 sahaja ya. Murah kan? Hehe.

Siapa yang pernah cuba buat pavlova ni tapi tak jadi? Ada yang tak jadi rangup lah. Ada yang hangus lah, ada yang collapse jatuh terus la. Macam experience dah saya ada.

Mula-mula dulu, saya ada oven yang kecil. So, bila saya bakar dalam tu, temperature oven macam tak stabil. Sekarang oven saya saiz 60 liter (masih kecil berbanding baker2 di luar sana). Hehe. Tapi alhamdulillah, suhu sekata, kek naik cantik sahaja. Saya juga pernah bakar Pavlova di rumah mak saya guna oven gas. Huhuh..lagilah susah nak kontrol temperature tu. Maklumlah Pavlova ni kene main juga dengan suhu. Mula2 kena sediakan oven dengan suhu tinggi sedikit ~ 150 C dan selepas masukkan adunan Pavlova ni, kena turunkan ke suhu 130 C. So, kalaulah pakai oven gas, payah tu nak kontrol suhu. Alih2 terlajak suhu maka hanguslah mereka di dalamnya. Haih.

So, pengalaman saya lah kan, carik oven mahal. Ngahahahaha! sebab suhu senang nak kontrol. Kalau tidak cukup panas pula, kulit di luar tu lambatlah benor nak rangupnya. Tapi lapisan dalam pavlova tu memang tebal dan putih sungguh lah. Cuma bagi saya agak muak kalau putih dalam pavlova tu terlalu banyak. Saya lebih suka yang part yang crunchy tu.

Pavlova ni diorder oleh kawan sekolah menengah dulu. Katanya nak kecil sahaja. Oklah, saya buat kecil sahaja. Tapi saya pesan kat dia, rugi beli kecil. Sebab ada customer saya beli konon nak simpanlah kan. Kan kalau kek kita makan boleh simpam2. Sekali bila dihidang, terus lesap semuanya. Hahaa.. Mana nak sempat hidang lah.

Samalah juga dengan Kak Jun yang tempah ni. Konon nak simpan. Alih2 tak sampai berapa lama Pavlova ni diambil, dia mesej cakap memang sedap dan tak sempat nak simpan langsung! Hehe. Dah bagitau dah =D

So, macam mana? Try buat lagi dan lagi ya. Fahami betul2 oven masing-masing. Itu paling penting. Ianya sangat mudah sebenarnya. Membuatkan anda pasti ketagih nak buat Pavlova lagi, lagi dan lagi~!!

Jangan lupa kurangkan gula ya~!

6 thoughts on “Pavlova itu Mudah Dibuat…Tapi??”

  1. Assalam… sy cdg nk beli oven tp pening xtau nk beli yg mana… kalo x keberatan bole sy tau oven saiz 60liter tu jenama ape? kos dlm brp rm? tq

  2. Pingback: Cara Sediakan Overnight Oat Yang Famous | IbuCergas.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *