Puding Telur Karamel

Yuhu!! Antara resepi yang wajib saya tulis dlam blog supaya saya sokmo ingat resepi ni. Perlu diingatkan blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk saya rajin masak (if la ade org kata gitu:lol:). Blog ini sebenarnya untuk saya simpan resepi secara online, so that bila mana saya pergi ke mana-mana, kalau lupa bawak buku resepi atau lupa nak recall semua resepi, at least ada lah blog ini sebagai rujukan sendiri.

Dalam masa yang sama boleh lah share pada orang ramai kalau-kalau korang ada juga minat resepi yang saya minat. Sharing itu bukanlah baik. Ilmu tak perlu sorok-sorok. Mana tau dengan sharing ini, kita dah beri manfaat dan kemudahan pada orang lain. Kan kan.

Ok resepi simple kali ini adalah Puding Telur Karamel. Ini adalah all time favorite. Banyak sangat resepi pon secara online. Tapi ini paling disukai tekak saya. Sebab puding dia sangat licin dan lembut. Ada sesetengah resepi, memang berlubang-lubang teksturnya. Saya tak suka yang gitu. Alahai, terasa nak buat lagi.

 

 

Puding Telur Karamel 
Saiz: Loyang 6 inci

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

 

Cara-cara

  1. Untuk lapisan gula karamel, campur kan semua dan letak atas dapur masak sehingga warna keemasan. Gerakkan loyang supaya karamel rata se setiap sudut loyang. Sejukkan sehingga lapisan ini mengeras sendiri.
  2. Untuk lapisan puding, campur semua dan kemudian tapisan supaya puding yang kite perolehi licin.
  3. Masukkan dalam loyan 6 inci.
  4. Kukus selama 45 minit – 1 jam.
  5. Sejukkan sebelum hidang.

 

Yummy! Selamat mencuba!!

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *