Rahsia Mendapatkan Kedut Pada Brownies Kedut

Nah, tak sangka eksiden mendapatkan kedut pada brownies kali lepas, mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Siap ada yang berniaga dah dengan resepi tersebut. Resepinya ada di SINI >> BROWNIES KEDUT. Cuma disebabkan saiz loyang tu kecik je, 8 x 8 inci, kesian pulak pada customer. Jadinya, saya improvise resepi untuk dapatkan saiz brownies yang lebih besar! 10 x 10 inci! Barulah berbaloi-baloi makan. Heheheheh. Banyak kolestrol makan ni banyak-banyak. Sesekali boleh la. Heheh.

Resepi ni saya ambil dari Blog Kak Azlita Masam Manis yang famous tu. Cuma disebabkan jatuh cintan dengan kedut yang saya buat dulu, maka saya kekalkan penggunaan coklat Hersyeys Chocolate Chip Semi-Sweet (meskipon mahal ya amat!) :lol:

Tapi tulah, kadang bila rasanya yang jadi sedap gile, kita pejam mata jela naaa dengan harga mahal tu. Ok, jom tengok resepi.

kedut pada brownies

<

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Rujukkan : Azlita Masam Manis

  • 400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate (saya guna Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet)
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur ~ gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko (Hershey’s Natural Cocoa Powder)

Cara Membuatnya:

  1. Cairkan coklat masakkan dan mentega guna kaedah double boiler. Iaitu isi periuk dengan air dan didihkan. Dalam bekas lain, masukkan coklat coklat masakkan dan mentega, dan tenggekkan atas air mendidih tadi. Pastikan air ditutup supaya tak panas sangat. Kita tak nak hanguskan coklat.
  2. Dalam bekas lain, pukul guna dan telur sampai rata dah cukup, tak perlu kembang. Masukkan garam, tepung dan serbuk koko.
  3. Masukkan coklat cip cair tadi ke dalam adunan telur tadi. Kaup balikkan sampai sebati. Jangan kacau lama sangat.
  4. Masukkan dalam loyang 10 x 10 inci yang dilapik baking paper. Pastikan ade baking paper sebab senang nak angkat brownies nanti.
  5. Bakar 20 – 25 minit dalam suhu 160 celcius.
  6. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  7. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

 

k2-_1f620d0d-42f4-4146-ab29-1d1e7aa5eae3.v1

 

RAHSIA KEDUT PADA PERMUKAAN BROWNIES

Yang ini yang susah nak dapat ni. Melalui pengalaman saya, saya pakai coklat coumpound berbeza menjadikan permukaan brownies yang jauh berbeza, meskipon menggunakan resepi yang sama. Tengok gamabr bawah ni, sebelah kiri adalah menggunakan Selbourne Dark Chocolate RM14 sekilo dan kanan menggunakan Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet.

Mungkin kerana kandungan gula dalam semi sweet chocolate chip tu menjadikan gula caramaelize pada permukaan brownies. Mungkin lah. Hahahaha. Harga Hershey’s Chocolate Chip Semi-Sweet RM19 untuk 340 gram 8-O. Tercekik kan. So jangan tanya kenapa mahal ya. Sebab bahannya pon mahal. Wahahahahaa.

Nak murah buat sendiri. Resepi pon ada tu, insyaAllah senang jek dan tak perlukan mesin kek pon. Cubalah.

brownies kedut

Lihat begitu ketara perbezaannya. Mana lebih menggiurkan? :mrgreen:

macam mana nak dapatkan kedut pada brownies

20 comments

  1. Ya memang betul..sepanjang tak pernah guna hersheys, tak pernah lagi dapat kedut walau guna resepi ni..guna beryl’s, le bourne, pun tak dapat kedut macam hersheys tu..mungkin kene try hersheys pulak lepas ni..

  2. Salam kak. Boleh tak kalau nak guna tepung gandum biasa je? Sbb takda tepung naik sendiri ni… Tinggal bahan ni je takda skang ni. Nak buat hari ni. Terliur plak tgok…

    1. biasanya die tulis self-raising-flour. macam2 jenama ade. blue key, nona, M&F dan kat kedai bakeri pon ada

  3. salam kak .. saya selalu buat brownies, kadang2 jadi kedutnya, kadang2 x jadi. . semua yg saya guna bahan yang sama.. tp kejap kedut, kejap x .. help me akak ..! ^-^

  4. Salam nak tanya nape tk boeh keluar terus lepas bakar ya, penggunaa serbuk koko tu puj penting gak kan , kalau yang branded sikit, satu lagi memang perlu ke untuk unsalted butter, memang cantik kedut tuhh. Kilat ..

  5. Assalam kak..sy dh bt sis tp npe x jd ea kedutnya..sy gna microwave oven..tp xda suhu utk 160c jd sy set 155c 15 minit awal seblum ltk brownies..tp sy set gna convention je..ke kna set gna microwave + convention..Kak pleaze tlg sy..hahaa
    mak sy nk sgt mkn brownies..tp xpnh jd2 lg kedutnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *