Rainbow Cake Official Release

Salam semua,

Akhirnya Rainbow Cake sekarang boleh lah diorder untuk sesiapa yang berminat. Kek ni adalah white cake, bukan buttercake biasa ya. Kek ni hanya ada putih telur sahaja. Kuning telurnya tak digunakan. Saya gunakan untuk buat nasik goreng la jawabnya =D. Resepi betul2 di adapt dari Whisk Kid, orang yang mempopularkan kek ni, dan ditemu bual dalam rancangan Martha Stewart. Resepinya kalau nak, boleh godek kat sini ya. Mungkin ada yang kata kek ni mahal.

Kek ni tedious jugaklah nak buatnya. Mana taknya, 6 layers tau. Nak basuh 6 mangkuk lain2 warna pun additional kerja kan? Cream frosting pulak, satu adunan tu sampai 680 gram butter. Memang tercekik kalau tengok modalnya. Tapi memang smooth sangat2 lah Italian Meringue Buttercream ni. Memang lembut dan terlampau ringan.

 Tapi hasilnya, memang saya tak leh tahan. Warna nya sangat2 lah menarik. Best betul kalau jadi birthday cake untuk anak-anak. Tekstur keknya yang lembut dan ringan, memang syok laa. Kek ni pun bakal menjadi hidangan sewaktu birthday Iman bulan depan. Kat kedai kek setakat ni memang takde jual kan? Biasanya blogger2 cake online yang jual, custom made, home made punya. Fresh & specially dedicated to the customer.

 

Jangan malu atau segan ye kalau berminat. Email saya kat ibucergas[at]gmail.com atau kol @ msg saya kat 013-3355598. Sebarang order hendaklah dibuat sekurang2nya seminggu dari pick up date. Maklumlah, saya ni buat part time jek. Harus dibahagikan masa sebagai employee, mother, wife, maid, nurse, etc2. Haha.

 Saya nak melantak kek ni. Tak leh tahan. Bye.

3 thoughts on “Rainbow Cake Official Release”

  1. please give me your address and telephone number.
    thank you
    the cakes look lovely and delicious.love them.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *