Rainbow Cake with Italian Meringue Buttercream

Rainbow Cake Kek Pelangi

Vavavava…….tahun baru dimulakan dengan menampahkan berat badan ya. Kalau sebelum ni saya buat Rainbow Cake dengan Buttercream biasa, kali ni gatal tangan nak buat Italian Meringue Buttercream. Modal banyak sikit laa…maklumlah, banyak betul guna putih telur ni. Habis, kuning telurnya nak buat ape? Aiyo.. makan kuning telur semata-mata macam tak berapa kena la pulak. Sebab tu saya selalunya avoid resepi2 yang pakai bahan-bahan yang terlalu banyak atau ada yang perlu dibazirkan, macam kuning telur tadi.Maklumlah, saya pun bukan nya bisnes besar-besaran. Bila melibatkan modal, terkial-kial nak try resepi baru. Takut tak berbaloi 😆

Rainbow Cake Kek Pelangi

 

Rainbow Cake Kek Pelangi

 

Kali ni saya gunakan resepi yang betul2 digunakan oleh orang yang mempopularkan Rainbow Cake ni. Boleh rujuk di Whisk Kid. Mula-mula seram rasanya nak buat kek ni. Dek kerana bahan-bahannya agak banyak.Saya olah ikut citarasa tekak saya. Huahauahu.

Rainbow Cake

Resepi asal : Whisk Kid

226 g butter, room temp
426 g sugar (saya kurangkan jadi 370 g sahaja)
5 egg whites, room temp
1 teaspoons vanilla
426 g flour
4 tsp baking powder
½ tsp salt
355 ml milk, room temperature

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 175C.
  2. Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas pembakar. Kalau ada 6 loyang lagi bagus. Saya cuma ada 2 loyang bersaiz 6 inci. Maka, saya bakar 3 kali. 2 loyang sekali bakar. Mujur muat 2 loyang. Kalau tak, jenuh nak bakar 6 kali. Memang lecehlah kalau tiada oven besar macam saya. Hehe.
  3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula castor sehingga bertukar warna pucat.
  5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit. Pastikan telur putih ni dipecahkan satu persatu ke dalam bekas berasingan. Manalah tau kan kalau-kalau ada telur tembelang. Tak ke haru.
  6. Masukka esen vanila.
  7. Masukkan tepung dan susu berselang seli. Dimulakan dengan tepung, dan diakhiri juga dengan tepung (tepung-susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung). Kacau sehingga sebati. Tapi jangan terlebih kacau pula.
  8. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Dalam adunan ni, saya anggarkan setiap bahagian supaya mempunyai berat 251 gram. Warna-warna pilihan adalah, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah. Saya guna pewarna cecair yang biasa-biasa sahaja.
  9. Bakar dalam oven untuk 23 minit bagi setiap loyang (ni kalau ikut oven sayalah. Hehe)

Rainbow Cake Kek Pelangi

Rainbow Cake Kek Pelangi

Rainbow Cake Kek Pelangi

 

Italian Meringue Buttercream

Tak tahan tengok bahan frosting yang Whisk Kid guna. Mana taknya. Sampai 14 biji telur. Nak guna putih telur sahaja pulak tu!! So, saya google-google cari Italian Meringue Buttercream yang agak munasabah bahannya.

Resepi asal: Cake Journal

Makes 8 cups.

120 ml @ 1/2 cup air
430 g gula castor
250 g @ 1 cup of eggwhites (~ 7 biji diambil telur putih sahaja)
680 g unsalted butter (tapi sebab takde unsalted butter, saya tibai je gula salted butter)
1 tsp of vanilla extract

Cara-cara:

  1. Sediakan putih telur untuk dipukul sehingga kembang dan bertanduk.
  2. Serentak dengan itu, masukkan gula dan air ke dalam periuk, dan panaskan atas api sehingga mendidih untuk 7 minit.
  3. Selepas 7 minit air gula mendidih, tuang air gula ke dalam putih telur yang telah kembang tadi dengan halaju mesin yang tinggi. Teruskan pukul sehingga dasar magkuk mixer tu sejuk. Agak lama juga, lebih 15 minit. Pastikan kesemua telur putih tadi terkena gula yang panas itu. Ini untuk memastikan putih telur itu masak dan kuman-kuman mati.
  4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur. Pukul lama-lama sehingga semua sebati. Mungkin mengambil masa agak lama ~10 ke 15 minit.
  5. Siap. Boleh disimpan beberapa minggu dalam freezer. Pukul kembali sehingga kembang bila dah thaw keluar dari freezer.

Rainbow Cake Kek Pelangi

 

Selamat mencuba~!!

19 thoughts on “Rainbow Cake with Italian Meringue Buttercream”

  1. Pingback: Selamat Tahun Baru | IbuCergas.com

  2. Pingback: Butterfly Rainbow Cupcake | Dapur@IbuCergas.com

  3. Pingback: Rainbow Cake Official Release | Dapur@IbuCergas.com

  4. salam, kalau ann nk order rainbow cake ni, nk mkn 3 mei, boleh tak? akak ada buat figurine tak… dino ke… utk bday anak, dia suka dinosaurs, nk hantar ke school dia.

  5. salam.saya ni mnat sngat nk try buat kek ni..tp tngan keras taktau la jd ke tak..tp sy konpius skit..bnyknya pakai putih tlur..pastu apa kita nk buat dgn kuningnya??kalau mamaiman buat apa yer?

  6. resepi dr whisk kid ni sedap.. sy dah cuba. ikut je resepi dia exactly..cuma sy kurangkan gula sbb nti nk letak icing jd manis sgt

  7. Pingback: Resepi Rainbow Cake yang Epic

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *