roti sarang lebah, roti bun manis, resepi bun mudah

Resepi Asas Roti Yang Mudah Dan Gerenti Jadi

Dah lama dah sebenarnya meroti. Dari roti keras kedegang, kepada roti yang gebu. Bahan terpenting adalah “kerajinan”, “tak putus asa” dan “telan jek la kalau takjadi pun”. Ahahahhaahahaahah!!! InsyaAllah nanti lama-lama jadilah roti tu.

resepi roti bun mudah, roti sarang lebah sedap dan gebu

Buat roti ni seronok sebab kita tau apa bahan nak masuk, nak campak dan khasiat setiap satunya. Untuk saya sendiri adalah sebab saya seboleh-bolehnya nak elakkan shortening transfat tu. Tau kan yang transfat ni memang banyak pada produk bakeri? Saya pernah cerita kat blog entry ini >> Vegetable Shortening / Lemak Sayuran.

Ok dalam cubaan meroti, memang banyak sangat resepi yang nampak gebu gebas. Tapi saya tertarik pada resepi ini sebab beliau ke kelas dan tak lokek berkongsi. Jadinya, biarlah saya memanjangkan lagi ilmu yang beliau kongsikan supaya beliau bertambah murah rezeki dan pahala yang betul-betul multi level pahala. Heheheheheheh!!

Resepi ni saya perolehi dari Puan Norasiah Ahmad. Semoga beliau murah rezeki. Nakkan instruction dari beliau, boleh terus klik gambar di bawah ni. Browser akan membawa anda ke FB post beliau berkenaan resepi ini.

>> https://www.facebook.com/norasiah.ahmad.50/posts/10206834890704042

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Harini sy nk share resepi basic plain roti yg telah sy dan suami pelajari dr cikgu…

Posted by Norasiah Ahmad on Monday, 9 November 2015

 

Resepinya adalah:

Bahan doh asas bun:

  • 500 gram tepung roti / high protein flour
  • 80 gram gula kastor (saya letak 120 gram jika nak terus manis, tanpa perlu Butterscotch Sauce)
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh bread softener
  • satu biji telur
  • 60 gram butter
  • 100 gram ais
  • 150 gram air biasa
  • 11 gram yeast kering
  • secubit garam

#updated dari jiran saya Nurul Jahirah seorang pakar roti, beliau kata jika ganti air dengan susu, roti akan jadi lebih sedap!! Kalau tukar ke whipping cream, lagi akan bertambah-tambah sedap! Ibarat susu akan hasilkan roti gred A, whipping cream akan hasilkan roti gred AAA!

Heheheh mahal jadinya harga roti. Tapi untuk family sendiri, why not kan.

 

Cara membuat roti:

  1. Satukan semua bahan ke dalam mixer
  2. Putar adunan sehingga doh menjadi elastik.

 

Heheheeh mudah kan? Tapi nak uli sampai elastik tu macam mana? Haaa saya tunjukkan kat bawah gambarnya. Ini lah doh yang elastik. Ciri-ciri elastik ialah, kite boleh tengok ia sangat licin dan berkilat. Masa ni, sapu sikit tangan dengan butter atau minyak untuk kita kaut dari mixer, untuk pindah ke meja pengadun. Bulatkan jadi doh besar dan lepas tu masukkan balik dalam mixer yang dah disapukan sikit minyak (untuk elakkan doh melekat)

Perap sampailah ia naik 2 kali ganda – 1st proofing

Licin dan berkilat doh yang dikatakan elastik. Selagi tak berkilat, maknanya belum cukup uli.

 

Ini lagi contoh lain doh yang cukup diuli. Bila kita tarik, memang akan elastik. Cara lain nak tau adalah menggunakan eksperiment window pane. Iaitu tarik senipisnya dan renggangkan. Jika boleh regang sampai sehalus kulit bawang (agak-agak transparent), cukup sgt la tu.
Selepas 1st proofing. Tumbuh doh untuk keluarkan angin, dan uli sekejap sebelum nak bahagikan kecik2 untuk proses rounding

Tada!! Inilah doh yang dah diperap samai naik 2 kali ganda. Kita panggil proses ni sebagai 1st proof. Lepas tu kita tumbuk-tumbuk dia untuk buang angin dan uli balik sikit. Terus bulat-bulatkan sama saiz. Untuk proses bulatkan (rounding) ni, selalu sapu tangan dengan minyak. Saya suka kalau sarang lebah tu beratnya sebiji bulat tu 15 gram. So bila cubit makan tu, ngam-ngam satu kali gigit. Hoohohoho.

15 gram tu kecik sangat sebenarnya. Tapi bila ia kembang nanti, penuh mulut haaa nak ngap! (dari kiri proses rounding, tengah – letak dalam loyang disapu minyak, kanan – 2nd proofing sampai naik 3 kali ganda)

Mula-mula dulu, mmg buat getabak besarnya. Dah tak tak gebu, keras dan besar pulak tu. Hakhakhakhak. Makin lama alhamdulillah, kita boleh dah olah ikut rasa. Maklum lah belajar sendiri tanpa guru, maka pengalaman lah guru terbaik.

Kalau nak cepat belajar, sila ke kelas buat roti naaa.. hehhehehe.

Ok, masukkan dalam loyang lepas rounding 15 gram setiap satu. Perap lagi sampai naik 2 atau 3 kali ganda sampai naik cantik (2nd proof).

Semburkan dengan susu @ air pada permukaan roti. Ada orang sapukan kuning telur. Mana-mana pon ok. Saya sapu air jek. Tujuannya untuk cantikkan permukaan roti.

Lepas tu taburkan lah apa sahaja ikut kesukaan. Untuk sarang lebah, saya suka taburkan chia seed, biji labu, dan kacang badam. Biasnya kalau berniaga, orang akan letak biji sesame. Chia seed mahal woooo! tapi Chia seed memang sangat berkhasiat dan kaya dengan Omega -3 >> Kebaikan Chia Seed.

Untuk Roti Manis pula, saya letakkan gula Unrefined Organik, berbanding gula putih biasa. Sebabnya unrefined sugar ade semua mineral dan vitamin yang ada dalam gula (asalnya air tebu) tu sendiri.

Kiri – Roti Sarang Lebah, Kanan – Roti Bun Manis

Bakar! (Kene bakar ikut suhu oven masing-masing). recommended 180 degree selama 15 minit. Ops… teroverbake pulak warnanya. Hehehehe.

Alamak! Overbake! Hakhak. Dont worry, dalam still gebu gebas!!!

 

roti bun manis sarang lebah gebu

Yummy!!!! Serious lembut dan sedap!!!

Saya malas nak buat Butterscotch Sauce. Sebab nya makan begitu jek pon dah rasa manis dah. Kadang saya terus naikkan gula kepada 120 gram, dan memang lagi rasa lemak. So tak payah lah saya tambah gula luaran pon. Tu pon hanya berani letak Unrefined Organic sugar. (Kalori tetap sama ya – tetap gula juga) Hehehhehe.

In term of kalori, 15 gram (sebiji bulat tu) nilainya adalah 44 kalori. Ha, macam mana tau? Ada website ni namanya Calorie Count. Yang bestnya pasal website ni, kita masukkan resepi, terus boleh auto calculate calori dari resepi tu. Siap boleh save lagi. Menarik kan?

So kalau makan 3 biji bulat roti ni, sama macam makan nasi. Hahahahahaahha!!!

Bad point Roti Sarang Lebah ni, high in sugar. Ingat, roti putih pon akan terus tukar jadi gula sebab ia kategori refined carbohidrat. Kalau kurangkan gula dalam recipe, roti akan kurang moist. So apa-apa pon, berpada-padalah dalam makan makanan (apa jenis makanan!)  :mrgreen:

Selamat mencuba kalian~!!!!

23 comments

  1. Puan, nak tau air pakai air sejuk ke atau ais batu. Biasanya buat roti guna air suam kan. Tolong jelas kan. Terima kasih

  2. Salam kak.

    cantik dan gebu roti akak. saya dah banyak kali cuba buat tp tak menjadi. saya rasa doh overproof s tekstur dia semacam je. tapi saya guna yis yg dalam paket yg 11 gm tu juga. ada kawan pakai yis tu tak sampai 2 sudu teh… ie dia pakai separuh je dr yis tu tapi roti dia menjadi. bahan lain sama je. kami pakai breadmaker. boleh bg opinion sikit tak? thanks kak.

  3. salam kak.
    sorry nak tanya soalan lagi. apa fungsi ais dlm resepi ni? saya tak pernah tgk resepi yg ada ais. 500 gm tepung tu berapa cawan. saya tak ada penimbang. 🙂
    tq kak.

  4. Resipi ni menjadi. Lembut hasil rotinya. Memang masuk je semua dalam mixer. Dengan ais dan air sekali. Yis pun masuk je dalam mixer. Takyah larut2 dalam air suam atau air biasa. Masuk je semua.

  5. Assalamualaikum sis..mmg trbaik la rsepi sis…sy da bpe kli buat roti gne resepi yg sis bg mmg lmbut n gebu…msuk dlm peti pon msih lmbut lg roti nye…thanks sis sbb share resepi nye…

  6. Mmg best resepi nie. Kwn sy rekemen resepi kat sini. Sy ikut jer semua bhn kecuali air biasa (ganti dgn susu), memang menjadi, roti pun lembut & sedap. Tqvm tuan resepi. Nnt nk cuba resepi yg lain pulak.

    1. Aah x payah pun ok. Mmg akak pakai susu segar, lagi lemak berkrim. Cumanya kalau nak jual, mahal la kan. Hhehehehhehe

Leave a Reply to MaMa Chantique Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *