Resepi Biskut Coklat Chip Wajib Disimpan

Dah banyak sangat dah try Biskut Coklat Chip yang ada banyak kat internet. Sedap memang sedap tapi masih lagi rasa kurang ‘ummmph’ dan kurang mengancam.

biskut coklat chip sedap dan rangup ringan

Sehinggalah saya jumpa 1 resepi yang saya rasa memang terlampau sedap dan terlampau senang. Dan saya pun risau juga andai kata sekali jek sedap tapi bila ulang resepi jadi tak sama. Maka, kenalah wajib tulis kat blog ini supaya boleh ulang balik nanti.

Tak dinafikan, pemilihan bahan sangat penting. Kadang kita lupa bahan yang kita gunakan. Tepung jenama A takkan sama dengan tepung jenama B. Begitu juga butter.

Resepi ni saya ambil dari Group FB Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang diberikan oleh Puan Norien.

biskut coklat chip sedap dan rangup ringan

Tapi, saya ada olah resepi di atas ini.

Resepi Biskut Coklat Chip Simple Tapi Sedap Amat

  • 250 gram Pure Butter (saya guna Jenama Tatura)
  • 220 gram gula perang
  • 3 biji Kuning Telur
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 1/2 sudu kecil
  • 350 gram tepung gandum (Haaa… Tepung Cap Ros sangat sesuai untuk biskut)
  • 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat (ini saya tambahkan ke dalam resepi untuk jadikan ia ringan rangup dan sedap!)
  • 100 gram Almond Nibs
  • 220 gram Coklat Chip

 

Cara Buat Biskut Coklat Chip Simple

  1. Panaskan oven ikut kesesuaian suhu masing-masing. Macam saya, saya buat 160 darjah je sebab oven kecik, dan saya pastikan ada internal termometer dalam oven supaya saya tau suhu di dalam adalah berapa.
  2. Panaskan untuk 15 minit.
  3. Pukul mentega dengan gula perang sehingga lembut.
  4. Masukkan telur kuning perlahan-lahan dan masukkan esen vanila.
  5. Masukkan garam, tepung, dengan menggunakan mixer.
  6. Masukkan almond nibs dan coklat chip dengan spatula. Kalau pakai mixer kang hancur pulak coklat chip nya. Heheheheeh. :lol:
  7. Kaup balik sehingga semua rata.
  8. Sudukan sama saiz ke atas loyang pembakar. Saya guna sudu yang smaa supaya saiznya sama. Dan saya dropkan jek tak payah kepal-kepalkan. Sebab nanti ia akan kembang dan turun dengan cantik sendiri. Menjadikan biskut ringan dan ada lubang-lubang.
  9. Bakar sampai warna agak coklat-coklat.
  10. Bakar selama 15 – 20 minit.
  11. Selapa bakar, angkat dan sejukkan. Semasa panas, ia macam lembut. Bila dah sejuk nanti barulah ianya rangup.

IMG_5706

Sebelum dibakar, sudukan jek ke atas dulang pembakar. Tak perlu kepal dan tak perlu padatkn.

IMG_5716

 

Lihat isinya, memang ada lubang-lubang menjadikan ia rapuh dan rangup dan juga ringan. Yummy!!!

biskut coklat chip sedap dan rangup ringan dan mudah

 

 

Tengok bahagian belakang juga, memang ada lubang-lubang. Jenis tepung dan butter dan juga adanya soda bikarbonat menjadikan struktur biskut ni cantik.

biskut coklat chip sedap dan rangup ringan dan mudahInside out lagi. Hahahahh. Serious saya tak nak lupa resepi ini. Kakak saya bangun pagi terus kunyah tanpa henti. Sedap sangat katanya. The best pernah beliau makan katanya:lol:. Iyolah sangat.

Selamat mencuba. Terima kasih untuk pemilik resepi asal.

 

 

4 comments

    1. Lagi bahaya sebenarnya. Sebab bukan hari2 makan biskut chipsmore.

      Tapi kalau buat sendiri ni, disebabkan sedap, maka akan dimakan hari2!!! Hahahahhahaah.

      Kalau naik timbangan jangan salahkan dapur ibucergas ya???

  1. Assalam IbuCergas. Saya dah cuba macam2 resepi biskut choc chips termasuklah resepi yg puan share. Saya & anak2 paling suka resepi ini. Betul…memang tak boleh henti kunyah & dah ulang buat 2 kali. Akan ulang buat lagi In Shaa Allah. Terima kasih atas perkongsian ☺

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *