Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

Yaaaa.. kegatalan tangan sudah bermula! Masa untuk membaking sesuatu untuk mengubat stress dan emosi. Hahahahah :mrgreen:. Suka lah saya ada hobi baking ni. Suka makan, suka tengok gambar, dan suka beri orang makan. Maka ramailah yang jadi food tester saya. Wakakakak. Saya tau ia tak baik. Gula sungguh tak baik untuk badan. I cant help!! Please! 8-O

Tak tahu kenapa kalau tiba-tiba rasa nak buat, dan dan tu jugak terus google resepi dan terus ke dapur buat. Kihkih. Ia umpana ilham yang tak dapat dibendung. jadi tak jadi belakang kira. Yang penting cuba dulu.

So kali ni, mangsa seterusnya adalah BROWNIES. Bukan calang-calang brownies. Tapi kedut-kedut punya brownies. Meskipon tak dapat mengalah kesedapan Brownies Kartika Sari dari Bandung, tapi tengok kedut dia pon pun dah puas hati sangat-sangat dah. Wahaahaha.

Tada!!! Kedutan yang menawan! Waakaakkakaka.

Inilah rupa asal brownies kedut ni. Resepi dari One Lovely Live. 

FUDGY HOMEMADE BROWNIES

Bahan-bahannya:

  • 1⅓c semi-sweet chocolate chips (use best quality-Guittard or Ghiradelli) (saya guna Hershey Milk Chocolate Chip)
  • 5 Tbsp butter (68 gram butter)
  • 1tsp vanilla
  • 2 eggs
  • ¾c sugar
  • ¼tsp salt
  • 3 Tbsp serbuk koko
  • ⅓c flour gandum biasa

 

Cara Membuatnya:

  1. Cairkan cip coklat dan mentega guna kaedah double boiler. Iaitu isi periuk dengan air dan didihkan. Dalam bekas lain, masukkan coklat cip dan mentega, dan tenggekkan atas air mendidih tadi. Pastikan air ditutup supaya tak panas sangat. Kita tak nak hanguskan coklat.
  2. Dalam bekas lain, puku guna dan telur sampai kembang (warna pucat dn pekat). Masukkan garam, tepung dan serbuk koko.
  3. Masukkan coklat cip cair tadi ke dalam adunan telur kembang tadi. Kaup balikkan sampai sebati. Jangan kacau lama sangat.
  4. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yang dilapik baking paper. Pastikan ade baking paper sebab senang nak angkat brownies nanti.
  5. Bakar 20 – 25 minit dalam suhu 160 celcius.

 

 

Sedap!!! Bagi saya tak terlalu manis. Suami saya juga kata tak terlalu manis. Tapi ada yang kata manis. Haha. So boleh lah kurangkan resepi gula dalam tu. Cume struktur pon akan berubah. Akan jadi lebih kek berbanding ooey gooey chewable macam gummy.

 

 

Inilah coklat chip yang saya pakai untuk hasilkan kedut tu. Saya cuba juga pakai coklat bar yang murah biasa, errr… kedut tak cantik tau. jadi macam gambar di bawah ini. So untuk mendapatkan kedutan yang menawan, pakailah chocolate chip ini. Wahahaha. Harga? Sebungkus ni kalau kat giant RM19. Kat tempat lain saya tak pasti. Tapi memang tak sama la harga dengan coklat chip yang ada di kedai bakeri. Boleh tru error guna coklat lain tengok macam mana hasilnya.

 

 

 

Ini rupa paras pakai coklat bar Beryls Dark Compound. Tak cantik sangat. Kena pakai yang lebih 70% solid cocoa rasa nya baru cantik (as per say dalam blog asal katanya)

Sedap resepi ni. wajib simpan untuk kudapan para tamu saya insyaAllah.

Selamat mencuba!!

29 comments

    1. Alamak saya tak timbang. Tp kat internet ade banyak conversion cup kepada gram. InsyaAllah accurate sbb tepung adalah standard 🙂 selamat mencuba 🙂

  1. AsSalam. Dah cuba. Sedap….manis pun sedang2. Saya bake 160C 25min. Tp macam basah lg bahagian bawah..kurang lama ke? Tp kedut tu jadi..tq share resepi..

  2. Salam. Saya dah cuba alhamdulillah jadi…cantik sgt kedutnyaaa thanks sis. Rasa dan tekstur pun the bestt!!! Thanks sharing

  3. Time kasih kongsi resipi..alhamdulillah sedap sangat..rangup diluar n lembut di dalam. Dah bekali2 buat dirumah, suami n adik2 x jemu mintak buatkan lagi.. ? n
    saya gunakan resipi ni utk niaga..ramai ckap sedap ☺️

  4. Nape ayat anda mcm berlagak je..’yg murah..biasa..xcantik’
    Blogger yg famous elok je buat pkai beryls..cantik je..

    1. Oh beryls mahal jugak cik.

      Saya pernah pakai yang jauh lagi murah – dibungkus oleh kedai bakeri (sebab masa tu, tu je pon yang saya mampu) ?

      Bukan pasal berlagak pon. Apa kata cik baca dengan nada yang elok. Hehe.

Leave a Reply to iman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *