Resepi Japanese Cotton Cheesecake Version 2

Hahahahha. Siap ada version. Bukan apa, banyak jek resepi Japanese Cotton Cheesecake ni. Even dalam Dapur.IbuCergas.Com ni pun ada dah kat sini >> Japanese Cotton Cheesecake. Tapi tangan memang masih gatal lagi nak try resepi lain. Dan kalau ikut tekak ni, resepi version kedua ni lebih sama dengan Japanese Cotton Cheesecake yang jual kat Jusco Aeon.

resepi japanese cotton cheesecake

Resepi by Craftpassion

Bahan-Bahan Japanese Cotton Cheesecake:

Cream cheese batter

250 gram cream cheese
6 kuning telur
70 gram gula kastor (jumlah kesemua gula dalam adunan adalah 140 gram)
60 gram unsalted butter
100 ml susu segar
1 Tbsp jus perahan lemon
2 tsp kulit lemon parut
60 gram tepung kek/ superfine flour/ self raising flour
20 gram tepung jagung
1/4 tsp garam

Meringue

6 putih telur
1/4 tsp cream of tartar
70 gram gula kastor (jumlah kesemua gula dalam adunan adalah 140 gram)

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven pada 200°C (Atas bawah dan tak perlu pasang kipas). Letakkan loyang besar berisi air untuk sediakan water bath method.
  2. Griskan/ sapukan butter pada permukaan loyang (pakai loyang 8″ x 3″ tinggi). Lapikkan dengan kertas baking pada dasar loyang. Tak perlu lapik pada tepi loyang sebab nanti bila kek mengecut, kek akan jadi kedut-kedut pulak.
  3. Buat water bath dan cairkan cream cheese atas water bath.
  4. Tambahkan kuning telur dan kacau rata guna whisk.
  5. Masukkan 70 gram gula dan kacau rata lagi. Tak perlu kembang pun.
  6. Hangatkan susu segar dan masukkan butter sampai butter cair kesemuanya. Kemudian masukkan dalam adunan cream cheese.
  7. Tambah garam, jus lemon, dan parutan kulit lemon. Kacau semua rata.
  8. Keluarkan dari waterbath tadi dan masukkan tepung kek dan juga tepung jagung. Kaup balikkan tepung dalam tu. Tak perlu pakai mixer.
  9. Dalam mixer lain, putarkan putih telur sampai kembang dan bertanduk.
  10. Masukkan cream of tar tar dan pukul lagi.
  11. Masukkan 70 gram gula sikit demi sedikit sambil pukul sampai lah terbentuk tanduk kental (soft peak).
  12. Masukkan putih telur ke dalam adunan cream cheese secara kaup balik perlahan-lahan. (1/3 dalam satu-satu masa).
  13. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris tadi. Lapik luar loyang dengan aluminium foil sebagai langkah berjaga-jaga supaya air tak masuk ke dalam loyang dari dasar bawah loyang kek.
  14. Hentak sikit atas meja untuk buangkan bubble.
  15. Bakarkan dalam oven menggunakan kaedah water bath pada suhu 200°C  selama 18 minit, dan kemudian turunkan suhu kepada 140°C  selama lagi 30 minit. Lepas tu bila habis masa tu, biarkan dalam oven dengan oven tertutup selama lagi 30 minit.
  16. Sejukkan lagi dalam oven selama 30 minit dengan pintu oven sedikit terbuka.

 

hot-water-bath

 

Kaedah water bath (pinjam gamabr google)

Tips Baking Untuk Dapatkan Struktur Kek Yang Cantik:

  1. Egg – Size: large. Kalau saya, saya suka separatekan antara kuning telur dengan putih telur dalam keadaan suhu sejuk peti ais. Sebab senang nak separateken. Kemudian biarkan pada suhu bilik (tutup ya).
  2. Cream Cheese – Saya guna Tatura je sebab itu paling murah. Kalau guna yang lebih mahal tentu lebih sedap ye tak? Resepi asal guna Philadelphia.
  3. Gula – boleh jek nak kurangkan kepada 120 gram. Boleh gunakan gula castor atau fine granulated sugar. Kalau tak ada, kisar la gula kasar. Tapi jangan pula guna gula aising sebab ada tepung jagung dalam tu.
  4. Loyang kek – kalau boleh guna 8” x 3” supaya dapat kek yang tinggi. Kalau tak ada, 9” x 3” pun ok. Saya pernah guna kedua-duanya. Pakai loyang yang jenis lubang di bawah boleh dikeluarkan. Sebab senang nak keluarkan kek nanti. Jangan pakai loyang yang tak boleh bukak bawah. Sebab nanti kek tak boleh keluar. Spring form pon ok sebenarnya.
  5. Gris loyang – hanya gris butter sahaja di tepi loyang. Tak perlu letak kertas baking sebab nanti kek akan mengecut dan jadikan ia kedut di tepi. Kita nak kek yang tepinya licin.
  6. Kaup balik – penting proses kaup balik supaya banyak angin dalam adunan kek. Jangan pakai mixer masa masukkan semua bahan. Mixer hanya guna masa putarkan putih telur sahaja.
  7. Water bath – Make sure air dalam water bath dah panas masa sediakan oven. AMARAN: Pastikan loyang disalut juga dengan aluminium foil sebelum masuk ke dalam water bath.
  8. Suhu oven – suhu oven amat penting. Setiap oven berbeza. Tapi suhu yang dicadangkan tu adalah suhu dalam oven. Maka lebih selamat jika ada internal termometer.
  9. Sejukkan dulu sebelum keluarkan dari loyang.

resepi japanese cotton cheesecake

 

Licin kan tepi kek. Sebab tu tak perlu pon di lapik dengan baking paper di sekeliling loyang. Hanya lapik baking paper bawah kek sahaja.

 

resepi japanese cotton cheesecake

Ini dibakar untuk jadi buah tangan pada orang. Tak sama dengan yang dipotong di atas.

Siap. Sedap! Kek kegemaran ni. Bahaya sangat buat kek ni. Memang sehari hadap boleh habis sebab tak muak. Nak kira kalori tak? Ok la, satu kek kalau bahagi 12 potong, satu potong ada 214 kilokalori (Calories). Hhuhuhuhu.

Screenshot 2017-08-13 02.04.44

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *